BM | EN | 中文

Banduan lolos dari pusat tahanan ditahan semula

Padang-Hijau-Batu-13-Jalan-Mersing-Kluang-PLKN.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

KLUANG, 21 MAC: Seorang banduan yang meloloskan diri dari Pusat Tahanan Reintegrasi (Kem Program Latihan Khidmat Negara) Padang Hijau, Batu 13, Jalan Mersing-Kluang dekat Kluang petang semalam, ditahan semula.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng, berkata lelaki berumur 38 tahun itu ditahan pada 6.15 petang di kawasan perumahan Ladang Cattle Queen, Padang Hijau, Kluang hasil maklumat orang awam yang melihat seorang lelaki berlegar-legar di kawasan itu.

Low berkata semalam, sanduan adalah pesalah yang sudah dijatuhi hukuman mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada 25 Februari lalu di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Advertisement

Menurutnya, polis menerima panggilan daripada warden penjara kira-kira 4.50 petang semalam memaklumkan empat lelaki tempatan cuba melarikan diri dari pusat tahanan itu.

Menurut warden itu, tiga daripada lelaki terbabit berjaya ditahan manakala seorang lagi meloloskan diri.

Keempat-empat banduan dituduh di mahkamah dan dihantar ke pusat tahanan itu untuk tapisan keselamatan COVID-19 selama 14 hari sebelum dihantar ke Penjara Ulu Choh dekat Johor Bahru.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top