BM | EN | 中文

BANDAR SMART CITY-OPERASI LEBIH EFISYEN

Amran-2-e1570002106608.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 OKT : Pelaksanaan Smart City di bandar raya ini menjadi komitmen utama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Amran A Rahman berkata, perkara itu juga selaras dengan Pelan Strategik MBJB 2016 hingga 2020.

“Antara objektif utama pelaksanaan Smart City di MBJB adalah membantu majlis menjalankan operasi harian lebih efisyen selain menangani cabaran perbandaran tempatan yang akan datang berdasarkan trend semasa.

Advertisement

“Langkah ini dapat memudahkan majlis membuat perancangan masa hadapan dengan lebih baik berdasarkan fakta, data dan senario pembangunan terkini,” katanya.

Tambah Amran, inisiatif-inisiatif Smart City yang telah dilaksanakan oleh pihak majlis adalah sistem i-Trafik MBJB serta bilik kawalan kamera litar tertutup (CCTV) dan Bandar Selamat MBJB.

“Selain itu, perkhidmatan wifi percuma, projek Integrated Water Treatment Plant (IWTP) Sungai Segget dan perkhidmatan bas percuma.

Advertisement

“Di samping itu, pengurusan lampu waktu puncak, pemasangan sistem radar di 10 lampu isyarat terpilih dan lain-lain lagi,” katanya.

Ujarnya lagi, antara inisiatif Smart City yang dalam proses pelaksanaan pula adalah sistem Smart Parking (E-Board Parking) dan Multilayer Smart Parking.

“Kedua-duanya akan dilaksanakan di pusat bandar dan kawasan-kawasan hotspot terpilih.

Advertisement

“Pelaksanaan inisiatif adalah untuk mengurangkan masalah trafik dan kesesakan lalu lintas selain mengenalpasti petak parking tersedia.

“Selain itu, membuat pemantauan ke atas keperluan penambahan petak parking dari semasa ke semasa dan juga mengelakkan warga bandar raya dari meletak kenderaan di kawasan yang tidak dibenarkan,” katanya.

Beliau berkata, pihak majlis melalui Iskandar Malaysia telah mengemukakan permohonan peruntukkan kepada Kementerian Kewangan bagi pelaksanaan Smart Traffic Lights yang mana dijangka akan dimulakan tahun depan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top