BM | EN | 中文

Balai bomba bakal dibina di Tanjung Sedili

Tanjung-Sedili.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 12 DIS: Sebuah Balai Bomba dan Penyelamat gred D dengan kos dianggarkan kira-kira RM3 juta bakal dibina di Tanjung Sedili di sini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata pihaknya telah mengenal pasti tapak untuk pembinaan balai tersebut.

“Kita sudah kenal pasti tapak dekat dengan Pekan Sedili dan Jason Bay juga terletak berhampiran dengan Taman Sinar Kejora yang dilihat sesuai dibina disitu dalam masa sama dapat memberi khidmat kepada penduduk.

Advertisement

“Tahun ini kita tiada peruntukan itu namun Insya Allah kerajaan akan cuba dapatkan peruntukan jika tidak tahun depan kita akan dapatkan pada tahun 2022.

“Jumlah kos pembinaan dianggarkan kira-kira RM3 juta melibatkan pembinaan struktur sahaja tidak termasuk peralatan, jentera dan sebagainya,” katanya, lapor Utusan Digital.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Ternakan dan Penetasan Belangkas Sedili Kecil di Kampung Sedili Kecil di sini sempena lawatan kerja beliau ke Parlimen Kota Tinggi hari ini.

Advertisement

Hadir sama Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Dr Chong Fat Full.

Dalam pada itu Zuraida berkata pihaknya turut meluluskan peruntukan awal sebanyak RM2 juta bagi membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) menaiktaraf dan membina baru kemudahan di Tanjung Sedili.

Jelasnya sebanyak RM1 juta peruntukan disalurkan untuk pekan Tanjung Sedili dan RM1 juta untuk Pantai Jason Bay untuk kerja-kerja awal.

Advertisement

“Saya bersama Datuk Halimah telah lihat dua kawasan berpotensi untuk dinaiktaraf sebagai tempat aktiviti ekonomi dan pelancongan.

“Di pekan Tanjung Sedili kita akan bina jeti baru dan naiktaraf gerai-gerai PBT dari sembilan gerai menjadi 18 gerai untuk beri peluang anak-anak muda wanita berniaga di situ.

“Sementara di Pantai Jason Bay kita beri peruntukan untuk tambah baik imej di situ agar dapat tingkatkan ekonomi dan memberi imej lebih cantik buat Kota Tinggi seterusnya dapat menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke sini,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top