BM | EN | 中文

Bala akibat tak tutup kilang

Aminolhuda-Hassan-Adun-Parit-Yaani-Amanah-Johor.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 30 JUL: Keputusan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Azmin Ali mempertahankan pembukaan sektor industri semasa sekatan pergerakan mengakibatkan bala menimpa sekumpulan pekerja kilang di Tangkak, Johor.

Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Aminolhuda Hassan kesal dengan insiden jangkitan Covid-19 sehingga meragut 15 nyawa pekerja kilang selain 1,000 yang lain dikuarantin.

Adun Parit Yaani itu berkata, Menteri tidak sepatutnya membiarkan keadaan ini terus berlaku.

Advertisement

“Saya menegaskan agar kerajaan menghentikan segera sebarang operasi kilang atau industri ini kerana ia akan membabitkan nyawa.

“Saya mendesak Azmin Ali serta kerajaan Perikatan Nasional (PN) bertanggungjawab akibat keputusan yang mereka ambil.

“Kami berduka cita dengan apa yang berlaku di Tangkak sehingga mengorbankan nyawa di kilang berkenaan.

Advertisement

“Saya bersimpati dengan ahli keluarga mereka yang meninggal dunia kerana Covid19,” katanya ketika dihubungi.

Semalam media memetik Jabatan Kesihatan Johor yang mengesyaki terdapat jangkitan COVID-19 membabitkan ‘variant of concern’ (VOC) di sebuah kilang elektronik di Tanjung Agas, Muar.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top