BM | EN | 中文

Bakal ibu rayu permohonan kad pengenalan disegerakan

IMG-20200212-WA0000.jpg

Putri Ramona menunjukan sijil kelahiran dan resit permohonan borang B bagi pendaftaran permohonan kewarganegaraan yang telah dilakukan kali kedua pada tahun 2015.

Advertisement

KOTA TINGGI, 12 FEB : Seorang wanita yang bakal menjadi ibu di Taman Sri Saujana di sini merayu agar pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyegerakan urusan permohonan kad pengenalan yang dimohon.

Putri Ramona Jamaluddin, 20 berkata, usaha bagi permohonan kad pengenalan telah pun dilakukan orang tuanya ketika di usia 12 tahun namun tidak berjaya kerana masalah pendaftaran lewat kelahiran.

Katanya, susulan itu dia perlu memohon kad pengenalan melalui borang B bagi pendaftaran permohonan kewarganegaraan yang telah dilakukan sebanyak dua kali namun sehingga kini tidak mendatangkan hasil.

Advertisement

“Ekoran tiada kad pengenalan saya banyak berdepan kesukaran sejak di bangku sekolah lagi dan hanya bergantung dengan sijil kelahiran. Termasuklah untuk proses perkahwinan namun alhamdulillah dipermudahkan.

“Bagi permohonan borang B saya telah buat pada tahun 2013 untuk kali pertama dan pada tahun 2015 baru mendapat jawapan bahawa permohonan saya gagal.

“Saya kemudian membuat permohonan baru pada tahun sama. Pertengahan tahun lalu pihak JPN ada hubungi saya memberi maklum balas selepas kes saya ini disiarkan di akhbar. Namun sehingga kini keadaan kembali sepi tanpa sebarang khabar berita dari pihak JPN,”katanya kepada Johorkini.

Advertisement

Tambahnya, ketiadaan kad pengenalan menyukarkan dia untuk bekerja, membuat urusan dokumentasi seperti membuka akaun bank sendiri dan lain-lain.

Menurutnya, lebih merisaukan, dia yang kini sedang sarat mengandung sudah pasti berdepan kesukaran untuk melahirkan nanti tanpa adanya kad pengenalan.

“Saya benar-benar berharap akan mempunyai kad pengenalan agar saya boleh menjalani hidup seperti orang lain terutamanya memohon pekerjaan di mana-mana syarikat,”katanya lagi.

Advertisement

 

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top