BM | EN | 中文

Bajet Johor 2022 tumpu sektor pendidikan – MB

johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 NOV: Kerajaan Johor akan memberi tumpuan kepada pembangunan sektor pendidikan pada pembentangan Bajet 2022 negeri yang diumumkan tidak lama lagi.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohamad berkata, perkara itu merangkumi pelbagai inisiatif khusus bagi memperkasa para ilmuwan dan modal insan di negeri itu.

“Kerajaan negeri akan memberi fokus terhadap usaha melestarikan pendidikan dan latihan kemahiran untuk melahirkan modal insan yang berketerampilan serta berkemahiran tinggi.

Advertisement

“Johor perlu mempunyai modal insan berkemahiran tinggi bagi memastikan kita dapat menjadi sebuah negeri yang penting dalam negara.

“Ini yang kita akan bantu dan berikan tumpuan dalam Belanjawan 2022 Johor nanti,” katanya, lapor Sinar Online.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Anugerah Hari Guru Peringkat Negeri Johor di Hotel Holiday Villa di sini Isnin lalu.

Advertisement

Hasni berkata, pihaknya juga akan memastikan sektor pendidikan di negeri tersebut mendapat sentuhan secukupnya daripada kerajaan sekali gus memastikan potensi sedia ada dapat dicungkil.

Dalam pada itu, beliau juga berpendapat sesi pembelajaran harus dimulakan dengan segera selepas tertangguh sekian lama akibat pandemik Covid-19.

“Kita tahu bahawa ramai anak-anak kita tidak dapat ke sekolah, ramai juga yang terganggu pembelajaran mereka oleh kerana sama ada kekangan ekonomi keluarga ataupun oleh sistem pendidikan diperkenalkan dalam waktu kita menghadapi pandemik itu sukar untuk dilaksanakan.

Advertisement

“Maka, atas dasar itu adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memastikan kita dapat mengembalikan semula, memulakan semula atau ‘reset’ balik kaedah pendidikan kita secepat yang mungkin,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top