BM | EN | 中文

BAJA ORGANIK DARI SISA DAPUR, BANTU KURANGKAN SAMPAH

s-ramakrishnan-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 SEPT: Masyarakat digalakkan untuk menjadikan sisa dapur kepada baja organik dalam usaha untuk mengurangkan jumlah penghasilan sampah dan sisa.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna negeri Johor, Dr S Ramakrishnan berkata, selain dapat memupuk semangat kitar semula, baja yang dihasilkan itu juga boleh dijadikan bahan jualan.

Ramakhrisnan menunjukkan sisa dapur yang boleh ditukarkan kepada baja organik

“Bahan-bahan yang diperlukan adalah sangat mudah untuk didapati contohnya lebihan sayur-sayuran dan kulit buah-buahan daripada sisa dapur harian.

Advertisement

“Tetapi baja yang akan dihasilkan itu bukan sahaja akan lebih baik dan berkhasiat, malah pegguna juga berpeluang untuk menjana pendapatan dengan menjualnya semula,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program ‘Turn waste into money – Let’s Turn Kitchen Waste to Organic Fertilizers’ di sini, semalam.

Program yang julung kali di anjurkan itu dihadiri oleh 30 peserta bertujuan untuk mendedahkan cara-cara dan proses penukaran sisa dapur kepada baja organik.

Ramakrishnan berkata, program sedemikian akan dianjurkan juga di beberapa daerah di sekitar Johor seperti di Kluang dan Labis pada masa akan datang.

Advertisement

“Kursus seperti ini membawa manfaat kepada semua lapisan masyarakat, tidak kira yang bertaraf miskin mahupun yang berpelajaran tinggi.

“Ini terbukti apabila permintaan yang diterima bukan sahaja datang daripada mereka yang ingin menjana pendapatan tetapi orang awam yang ingin menjadikan ia sebagai sebuah hobi,” katanya lagi.

Beliau berkata, kursus ini akan diwar-warkan di Facebook rasminya dari semasa ke semasa untuk pengetahuan orang ramai.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top