BM | EN | 中文

“Baja kimia, sisa elektronik dipercayai punca cemari sungai di Simpang Renggam” – Dr Maszlee

Maszlee-bahas-dewan-rakyat.png
Advertisement

KLUANG, 25 JUL: Ahli parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik mendedahkan, ada pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sisa elektronik di kawasan itu sehingga menyebabkan pencemaran sungai.

Selain itu katanya, penggunaan baja kimia dari ladang-ladang di sepanjang sungai di Simpang Renggam dikatakan turut menjadi punca pencemaran di kawasan parlimen berkenaan.

Dr Maszlee pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat Khamis lalu bertanyakan tindakan yang bakal diambil Kementerian Alam Sekitar dan Air dalam menangani aktiviti oleh pihak industri sehingga menyebabkan Loji Rawatan Air Simpang Renggam ditutup sebelum ini.

Advertisement

Ia katanya menimbulkan kebimbangan berulangnya insiden sama, meskipun pusat pelupusan sampah CEP di kawasan parlimen itu telah ditutup.

“Ada juga punca pencemaran yang lain, iaitu (penggunaan) baja kimia oleh ladang-ladang kelapa sawit sepanjang sungai.

“Kedua, pencemaran disebabkan oleh pembuangan sisa kimia elektronik yang dilakukan oleh sesetengah pihak yang tidak bertangungjawab.

Advertisement

“Soalan saya, kita ingin meminta komitmen daripada pihak Kementerian Alam Sekitar melalui JAS (Jabatan Alam Sekita) untuk bekerjasama dengan masyarakat dan juga pihak parlimen Simpang Renggam bersama-sama menyiasat pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

“Pada pihak masyarakat, mereka ketahui siapa orang-orang ini. Tetapi malangnya setakat ini, kita lihat keadaan terus berlaku.

“Bukan hanya sungai tercemar, malah udara juga tercemar. Kita (perlu) bersama-sama menyasat kepala onar ini dan mengambil tindakan yang perlu,” kata Dr Maszlee sambil menambah, turut menerima aduan kejadian berlaku di kawasan Machap.

Advertisement

Timbalan Menteri Alam Sekitar, Senator Dr Ahmad Masrizal Muhammad dalam jawapannya bersetuju dengan pandangan Maszlee, namun memerlukan usaha kolektif bagi memastikan aktiviti punca pencemaran kepada air dan udara ditangani dengan lebih tuntas di masa akan datang

“Sebagai langkah awal, kita mengambil inisiatif melalui Syarikat Air Johor (SAJ) yang mengendalikan Loji Rawatan Air (LRA) ini bagi memantau sepenuhnya kualiti air yang hendak dirawat dan akan memaklumkan kes pencemaran ammonia yang tinggi di Sungai Ulu Benut dari semasa ke semasa kepada semua agensi berkaitan.

“Ini adalah operasi dan usaha bersepadu yang dilaksanakan oleh JAS, SAJ, Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan sebagainya,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top