BM | EN | 中文

Baikpulih bonggol jalan, pembentung di Kg Parit Pak Intan sedang disiapkan – Adun Pulai Sebatang

Baikpulih-bonggol-jalan-pembentung-di-Kg-Parit-Pak-Intan-sedang-disiapkan-Adun-Pulai-Sebatang.jpg

Kerja baikpulih bonggol jalan, pembentung di Kg Parit Pak Intan, Pulai Sebatang sedang giat dilakukan

Advertisement

PONTIAN, 8 OGOS: Kerja-kerja bagi membaikpulih bonggol jalan dan pembentung (culvert) di Kampung Parit Pak Intan, Pontian kini dalam proses dan akan siap dalam masa terdekat, menurut Adun Pulai Sebatang, Taqiuddin Cheman.

Katanya, kerja penggantian pembentung itu telah dimasukkan ke dalam program kerja tahun 2020 di bawah konsesi kontraktor Jabatan Kerja Raya (JKR).

Adun Pulai Sebatang, Taqiuddin Cheman

Menurut beliau, usaha dilakukan berikutan aduan daripada penduduk di Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kawasan 4, Mukim Api-Api melalui Ketua Kampung Yahya Kasdi.

Advertisement

“Mereka bawa maklumat berkenaan jalan yang tidak rata dan bonggol yang timbul akibat tanah yang mendap.

“Perkara ini telah dibawa masuk ke dalam mesyuarat tindakan daerah dan seterusnta diambil tindakan oleh JKR

“Kerja-kerja pembinaan yang berhadapan Masjid Parit Pak Intan, DUN Pulai Sebatang, telah pun siap,” menurut beliau.

Advertisement

Kerajaan Johor sebelum ini meletakkan sasaran ‘zero pothole’ atau sifar lubang jalan sebagai antara petunjuk indeks prestasi (KPI) Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri ini bagi tahun 2020.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohd Solihan Badri berkata, kerajaan Johor turut meletakkan sasaran untuk mengatasi masalah jalan kampung melalui naiktaraf dan penambahbaikan.

Solihan yang juga Adun Tenang berkata, kerajaan negeri akan menaiktaraf dan melebarkan jalan kampung, melalui inisiatif Infra Desa.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top