BM | EN | 中文

BAHASA, BANGSAR BUBBLE DAN PASCA MODEN

PhotoGrid_1570752144816.jpg
Advertisement

Oleh: Nami Cob Nobbler

 

Kecoh apabila pelakon Maya Karin dalam satu ciapan di Twitter bercakap tentang budak perempuan di Terengganu yang tak mahir berbahasa Inggeris. Lalu macam biasa akan ada dua kem, iaitu kem pro-Bahasa Inggeris dan kem pro-Bahasa Melayu.

Advertisement

Puak kem Bahasa Inggeris berpendapat Bahasa Inggeris adalah penting kerana ia adalah kemahiran untuk menjadikan Malaysia kompetitif dalam hal ekonomi, perindustrian dan hal-hal yang berkaitan.

Puak kem Bahasa Melayu pula berpendapat bahawa Bahasa Melayu perlu didaulatkan kerana ia adalah bahasa kebangsaan.

Baik, aku ingin bertanya satu soalan. Kalau berfikir, kau orang berfikir dalam bahasa apa?

Advertisement

Macam aku secara jujurnya, bercampur. Kadang-kadang dalam Bahasa Inggeris, dan kadang-kadang dalam Bahasa Melayu. Kadang-kadang  rojak, campur-aduk.

Aku dibesarkan di Balakong dan Kajang di era 90-an yang relatifnya masih pekan kecil, tak macam sekarang. Ini bermakna aku dibesarkan dengan dua arus pemikiran yang bertembung.

Tetapi mereka yang aku gelar ‘Bangsar Bubble’ adalah mereka yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa berfikir. Secara kolokial; bukanlah aku kata semua orang Bangsar berfikir dalam Bahasa Inggeris. Ada juga makcik jual pisang goreng, atau pakcik jual char kuey teow dekat rumah kedai Jalan Telawi yang memang orang Bangsar. Mereka gunakan bahasa Melayu sebagai alat berfikir.

Advertisement

Istilah ‘Bangsar Bubble’ aku dengar semasa kerja di Bangsar, sebagai wartawan The Malaysian Insider. Istilah ini menggambarkan golongan profesional bekerja di pejabat sekitar Bangsar yang kebanyakannya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Mereka dapat surat pekeliling pejabat dalam bahasa Inggeris. Bos beri arahan dalam bahasa Inggeris. Mesyuarat pun dalam bahasa Inggeris.

Kenapa begitu? Bukanlah sebab bahasa Inggeris ini bahasa penjajah sebelum 1957. Alasan bahasa ini bahasa antarabangsa tak boleh dipakai.

Advertisement

Aku pernah mesyuarat dengan delegasi Hong Kong semasa AIESEC. Mereka terpaksa guna penerjemah walaupun British telah melepaskan Hong Kong pada 1997.

Hendak kata bahasa penjajah hanya alasan, sedangkan British tinggakan kita 40 tahun lebih awal daripada Hong Kong. Alasan bahawa ‘bahasa antarabangsa’, Hong Kong lebih antarabangsa daripada Kuala Lumpur.

Ini kerana ada satu golongan. Mereka enggan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, maka Bahasa Inggeris dijadikan lingua franca untuk Bangsar Bubble.

Advertisement

Kenapa mereka enggan menggunakan Bahasa Melayu? Ada beberapa sebab. Yang pertama, pendidikan.

Sesetengah mereka belajar di sekolah yang didirikan Inggeris (Penang Free, St John, VI, Methodist, Convent dan sebagainya), golongan ini menerima pendidikan dari institusi yang dah lama bertapak di negara ini dengan bahasa pengantar bahasa Inggeris.

Jadi kalau sekolahnya diajar bertutur Inggeris, lama-kelamaan pelajarnya berfikir dalam bahasa Inggeris

Advertisement

Yang kedua, mereka yang bersekolah di sekolah jenis kebangsaan, macam SJKC dan SJKT. Mereka belajar dalam bahasa ibunda dan berfikir pun dalam bahasa ibunda mereka.

Apabila masuk ruang pekerjaan, misalnya orang Cina yang ada ekosistem ekonomi mereka yang tersendiri, mereka tak perlu belajar bercakap dalam Bahasa Melayu. Hanya tahu sedikit bahasa Inggeris untuk faham manual enjin kereta atau pengoperasian mesin, selain memiliki modal yang cukup.

Ada yang masuk ruang pekerjaan, bercampur dengan bangsa lain dan disebabkan kesukaran ini, gunakan bahasa Inggeris untuk lingua franca, memandangkan semua orang belajar bahasa Inggeris.

Advertisement

Lihat kesan imperialisme Inggeris masih berbekas di negara bekas jajahan walaupun sudah berpuluh tahun dekolonialisasi.

Berbalik kepada Hong Kong. jajahan British sehingga 1997. Masih ramai lebih selesa menggunakan bahasa Kantonis daripada Inggeris. Hong Kong, sebelum Deng Xiaopeng membuka China kepada dunia pada lewat 70-an, sebelum menyertai WTO pada 2001, Hong Kong adalah pintu Barat memasuki pasaran China.

Hong Kong jadi pintu pasaran 1.2 billion manusia pada era pre-WTO, dan Kantonis sebagai bahasa di China Selatan yang ditutur hampir 150 juta orang di wilayah Guangdong, Hong Kong dan Macau. Jadi mereka lebih selesa menggunakan bahasa Kantonis daripada Inggeris.

Advertisement

Orang Hong Kong yang bertutur Inggeris adalah kakitangan kerajaan atau yang berkait dengan perundangan. Seperti peguam, hakim dan majistret.

Kenapa? Sebab hukum-hakam ditulis dalam bahasa Inggeris, maka mereka pun perlu berfikir dalam bahasa Inggeris untuk membuat keputusan.

Maka aku berfikir panjang lepas berborak dengan rakan tentang isu ini. Dia kata kepada aku, bahasa Inggeris penting kerana imperialis terbesar, bangsa Anglo Saxon.

Advertisement

Tak kisah British atau Amerika. Ini adalah bangsa penjajah paling berjaya dalam sejarah manusia. Apa yang dicita-citakan Mongol, Abbasid, Turki Uthmaniyyah atau Rom hanya dicapai bangsa Anglo Saxon melalui British (Pax Brittanica) dan Amerika (Pax Americana).

Dengan ‘sea supremacy’ British pada kurun ke-19 dan ‘air supremacy’ Amerika selepas Perang Dunia Kedua, maka imperialisme ini berkembang ke seluruh dunia. Tak ada kawasan perairan yang tak boleh dijejak sejak ‘air supremacy’.

Bangsa Anglo Saxon adalah kuasa paling dominan dalam zaman moden. Malangnya ‘Bangsar Bubble’ fikir kita masih dalam zaman moden. Aku nak beritahu yang mereka ini ketinggalan.

Advertisement

Sekarang zaman pasca moden. Amerika di bawah pemerintahan Donald Trump semakin mengendurkan kuasa tenteranya di luar untuk fokus kepada hal domestik. British pula sejak Brexit mahu memberi tumpuan kepada negara mereka sahaja.

Ini yang golongan ‘Bangsar Bubble’ macam Maya Karin tak nampak. Sebab pasca moden – tidak lagi bergerak macam zaman moden, yang mana dikuasai imperialis.

Zaman sekarang, nasionalisme di dalam era kebangkitan selepas sekian lama ditekan golongan globalis. Golongan globalis ini adalah mereka yang masih percaya dengan idea modeniti – ‘one size fits for all and only scientific measures to explain reason’.

Advertisement

Pasca moden menolak ini. Maknanya kalau kau nak cipta jet pejuang dengan manual loghat Terengganu pun boleh, yang penting ada kemampuan membangunkan teknologi.

Sebab itulah pentingnya kita belajar bergaul dengan orang. Sebab hanya dengan cara itu, baru kita boleh memahami masyarakat, secara tak langsung berkomunikasi dan berfikir di luar kotak.

Zaman dah berubah. Satu hari nanti Bahasa Inggeris akan jadi tak penting sebab bangsa Anglo Saxon tak lagi jadi imperialis yang kuat macam zaman moden, dan akan dikenang macam kita kenang sejarah Mongolia atau Rom.

Advertisement

Belajar terima hakikat Bangsar Bubble. Aku akan bercakap satu pepatah dalam bahasa yang kau orang gunakan untuk berfikir dan senang difahami.

“Nothing last forever, including English language. Soon it will fade away like old languages that died ages ago.”

Bila seorang demi seorang tidak melihat kepentingan Bahasa Inggeris bermakna semakin mereka menjauhi diri daripada gaya berfikir yang diajar imperialis. Bila kau boleh berfikir dengan bahasa kau sendiri – itulah erti kemerdekaan yang sebenar.

Advertisement

Bak Kata Rene Descartes, ‘aku berfikir maka aku wujud’. Tapi kalau kau berfikir dalam bahasa imperialis, kewujudan kau masih lagi ada tetapi minda kau masih dijajah.

Jadi, berlapang dadalah. Biarlah orang nak berfikir dalam bahasa apa yang mereka selesa. Tak payah guna alasan ekonomi atau bahasa antarabangsa. Ini zaman pasca moden. Zaman dah berubah.

Modernity is out of fashion. Terimalah hakikat.

Advertisement

Tulisan ini merupakan pandangan penulis dan tidak semestinya menceminkan pendirian rasmi Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top