BM | EN | 中文

Bahas di parlimen: Muhyiddin dan Takiyuddin akan dipertanggungjawab dengan janji mereka

Lim-Kit-Siang.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 19 JUL: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan akan dipertanggungjawabkan dengan janji mereka bahawa akan ada perbahasan apabila Parlimen bersidang semula.

Ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, Takiyuddin menjanjikan yang ahli-ahli Parlimen akan diberi ruang untuk berbahas dalam persidangan “khas” Dewan Rakyat selama lima hari yang akan bermula Isnin depan.

“Beliau mengatakan yang Perdana Menteri telah menulis kepada Yang di Pertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara supaya ahli-ahli dibenarkan untuk berbahas dan mengemukakan persoalan.

Advertisement

“Biasanya, kenyataan menteri ini tidak memberikan ruang untuk ahli-ahli mendapatkan penjelasan atau berbahas.

“Kita tidak mahu cakap lain buat lain. Jadi mari kita tunggu Muhyiddin dan Takiyuddin memenuhi janji mereka pada Isnin depan,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya sidang khas lima hari dengan sesi kenyataan menteri adalah luar biasa, berbanding mana-mana parlimen di seluruh dunia.

Advertisement

Beliau mencadangkan sidang itu diadakan dengan format dengan setiap sesi membahaskan kenyataan menteri untuk membolehkan ahli-ahli Parlimen mendapatkan penjelasan dan juga menyatakan pendapat mereka mengenai perkara dibangkitkan.

Katanya, ini memandangkan ahli-ahli Parlimen kali ini dibenarkan untuk mendapatkan penjelasan dan berbahas mengenai kenyataan menteri, dan setiap menteri mungkin akan ditetapkan untuk memberikan kenyataan mengenai isu yang berbeza setiap hari.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top