BM | EN | 中文

BAHAN KIMIA TERBAKAR DI PONTIAN

b63abdf621a3e0d995d895b7f8f8826a.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 OGOS: Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran melibatkan sebuah beg bahan kimia ‘Aluminium Dross’ seberat 500kg yang disimpan dalam stor sebuah kilang di Pontian petang semalam,

Kebakaran yang bermula jam 3.40 petang tersebut berlaku ketika kilang tersebut tiada sesiapa berada di kilang tersebut yang beroperasi di Jalan Perindustrian, Pontian, lapor Bernama.

Menurut Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru Iqbal Raduan, sebuah jentera bomba dengan kekuatan enam anggota bergegas ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.59 petang.

Advertisement

Menurutnya, sebaik tiba, mereka mendapati terdapat 500 beg bahan kimia berkenaan di dalam stor kilang tersebut.

“Daripada 500 beg itu, hanya satu beg sahaja yang terbakar, dan setakat ini pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke luar kawasan kilang, namun, alat pengesan gas (gas detector) menunjukkan kadar bacaan karbon monoksida yang tinggi di kawasan yang terbakar,” Iqbal dipetik sebagai berkata oleh Bernama.

Kebakaran juga, menurut bomba tidak boleh dipadam menggunakan air kerana melibatkan bahan yang boleh mengeluarkan gas berbahaya apabila terkena air.

Advertisement

Dalam laporan sama, Iqbal berkata operasi mengawal kebakaran berterusan sehingga jam 9.45 malam manakala bomba juga menunggu bantuan jengkaut daripada Majlis Daerah Pontian untuk memindahkan 499 beg bahan kimia itu yang masih belum terbakar.

Sementara itu, bomba juga telah memaklumkan kejadian kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Sumber: Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top