BM | EN | 中文

Bahagiakan anak yatim dengan RM15

IMG-20200110-WA0010.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 JAN: Projek Derma Kebahagian Anak Yatim merupakan inisiatif Persatuan Pemerkasaan Wanita Intelektual Johor (Jeiwa) yang mensasarkan RM15 dari setiap penderma bagi membantu anak-anak yatim di Johor Bahru.

Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Korporat Jeiwa, Nurul Ashikin Noor Rahim berkata, meskipun jumlah itu kelihatan kecil, namun ia sangat bermakna dalam membantu golongan tidak bernasib baik.

“Tempoh sumbangan adalah pada setiap hari Jumaat bermula dari jam 6 pagi dan berakhir pada jam 5 petang. Dermawan boleh membuat sumbangan melalui akaun Jeiwa.

Advertisement

“Pada akhir tempoh sumbangan, iaitu pada jam 5 petang, wang derma akan diserahkan terus kepada anak-anak yatim yang membuat lawatan ke Jeiwa Power House di Paradigm Mall,” katanya kepada Johorkini.

Tambah beliau, pihaknya meletakkan sasaran 100 slot penderma bagi sesi kali pertama yang bermula hari ini.

“Pagi ini pun dah ramai. Kita harap lebih ramai lagi dermawan yang turut serta dalam program seperti ini,” ujarnya.

Advertisement

Dalam pada itu, antara aktiviti yang dijalankan pada sesi lawatan hari ini adalah permainan tradisional congkak bersama anak-anak yatim dari sekitar Johor Bahru dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Pertama Johor Bahru dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri (JKKN) Johor.

“Ini kerana anak-anak yatim tidak ada telefon pintar. Kalau anak orang lain, mereka akan guna telefon pintar untuk bermain permainan ‘online’.

“Sebaliknya, kita galakkan mereka melakukan aktiviti permainan tradisional. Ia bukan sekadar aktiviti riadah, malah membantu anak-anak yatim untuk mahir mencongak dan membuat kira-kira,” kata Nurul Ashikin.

Advertisement

Tambah Nurul, pihak Jeiwa turut merancang untuk mengadakan pertandingan congkak di antara rumah-rumah anak yatim dari daerah Johor Bahru yang terlibat dengarn program ini.

Kepada mereka yang berhajat untuk menderma bagi boleh membuat sumbangan kepada Persatuan Pemerkasaan Wanita Intelektual Johor (rujukan; Derma Anak Yatim) melalui akaun Maybank 5516 0500 7225 atau menghubungi Nurul Ashikin di talian 012-3105650.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top