BM | EN | 中文

“Bagi saya, rakyat dan negara paling utama” – Syed Saddiq

Syed-Saddiq-ahli-parlimen-Muar.jpg
Advertisement

MUAR, 7 JUL: Ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, parti politik adalah platfrom untuk membela nasib rakyat dan negara.

Katanya, ia bukanlah perkakas untuk kepentingan individu atau jalan mudah meraih bagi kemewahan.

Kenyataan Syed Saddiq itu dipercayai merujuk kepada keputusan Armada, sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengumumkan naib ketuanya Aizad Roslan dilantik sebagai pemangku ketua.

Advertisement

“Saya akan sentiasa mencipta ruang untuk membina negara. Bagi saya, rakyat dan negara itu paling utama.

“Banyak juga pendapat dikongsi tentang langkah terbaik untuk masa hadapan negara.

“Walau apa pun, jika ianya berpaksikan negara dan anak muda, saya tahu itulah langkah yang akan saya ambil dan pilih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Bekas Ketua Armada yang telah digugurkan keahliannya itu menambah, pengalaman dan pengetahuan yang diraih dalam Armada besar nilainya.

“Walaupun ada perselisihan, saya tidak pernah sesekali membawa ia keluar dari bilik mesyuarat. Semuanya untuk menjaga dan melindungi Armada yang kami bina bersama.

“Hubungan yang kami bina dalam Armada juga tidak akan putus. Apabila khidmat saya di dalam Bersatu dan Armada tidak diperlukan lagi, sudah tibanya masa untuk saya pergi,” ujarnya.

Advertisement

Dalam pada itu, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata akan menarik semula saman sivil terhadap kes pemecatan keahliannya dalam Bersatu.

“Kalau nak ambil parti, ambillah. Kalau nak buang nombor keahlian saya, buanglah. Saya tidak akan melengah-lengahkan usaha tuan-tuan sekalian.

“Saya faham bahawa jalan yang saya ambil ini bukan senang. Jauh sekali ingin menjamin masa hadapan yang baik untuk diri.

Advertisement

“Mereka yang sama haluan juga akan terima nasib yang sama. Diugut kiri kanan, disingkirkan jawatan dan dibuang jauh-jauh.

“Paling penting, kita harus faham bahawa parti politik adalah kenderaan untuk membela rakyat dan menjaga negara. Ia bukan alat untuk kepentingan individu, jalan mudah meraih kemewahan dan jaminan masa depan,” katanya lagi,

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top