BM | EN | 中文

Bagaimana agihan kerusi Bersatu PRU-15 nanti? – Mukhriz

mukhriz-mahathir-ph-ppbm.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 MEI: Ahli-ahli Parti Prbumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ingin tahu adakah kerjasama politik yang wujud antara Muafakat Nasional (MN) yang terdiri daripada Umno dan Pas dengan parti itu dapat bertahan sehingga Dewan Rakyat dibubar.

Perkara tersebut ditimbulkan oleh Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir berhubung agihan kerusi dengan Umno dan Pas dalam satu kenyataan hari ini.

“Tidakkah Bersatu berhak untuk berunding agihan kerusi dengan Umno dan Pas menjelang PRU15 nanti?

Advertisement

“Memandangkan kerajaan sekarang dianggotai oleh ketiga-tiga parti politik ini, tidakkah dirasakan pelik bahawa MN akan berlawan dengan Bersatu di kerusi-kerusi yang ditandingi pada PRU15 nanti? soalnya.

Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah berkata, semua pihak sedia maklum bahawa ketiga-tiga parti politik ini mewakili masyarakat Melayu dan Islam.

Katanya, asas sokongan politik mereka adalah sama iaitu orang Melayu khususnya diluar bandar dan sudah tentu Bersatu, Umno dan Pas berhasrat untuk bertanding di kawasan-kawasan demografi tersebut.

Advertisement

“Sememangnya semua parti-parti ini telah bertembung di kawasan-kawasan sama pada PRU14.

“Oleh itu, apakah peluang Bersatu untuk menang kerusi-kerusi yang ditandingi jika ianya akan berdepan dengan Umno atau Pas dalam keadaan tiada kesepakatan antara mereka?

“Jika Bersatu sebenarnya tidak bersama MN, dan tidak juga bersama PH, apa logiknya Bersatu boleh menang dimana-mana kawasan sekalipun?

Advertisement

“Adakah Bersatu berupaya mempertahankan semua kerusi-kerusi Parlimen dan DUN yang sekarang berada dalam tangannya? soalnya lagi.

Mukhriz turut mempersoalkan nasib wakil rakyat Bersatu setelah bubarnya Dewan Rakyat sama ada mereka akan bertanding di kawasan masing-masing sambil terpaksa berlawan dengan MN.

Beliau turut memberikan contoh antaranya di Parlimen Ketereh yang mana Ahli Parlimennya dari Umno yang kini dilantik Menteri Kabinet.

Advertisement

“Sedangkan pada masa yang sama Ketua Bahagian Bersatu yang kalah kepada menteri yang sama pada PRU14 dilantik senator (dizaman Tun Mahathir) dan Menteri Kanan.

“Siapakah yang akan dipilih sebagai calon di kerusi itu pada pilihanraya nanti? Atau adakah mereka berdua harus berentap merebut kerusi yang sama walhal pada ketika ini kedua-duanya menganggotai Kerajaan PN? soalnya.

Malah, Mukhriz turut membangkitkan kedudukan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin sendiri sama ada beliau akan masih dipilih sebagai Perdana Menteri selepas PRU15.

Advertisement

“Semestinya ada satu bentuk perjanjian antara parti-parti yang kini menjalinkan kerjasama politik untuk menguasai kerajaan.

“Kalau tiada, apa makna kerjasama politik ini? Sekadar “marriage of convenience” bersifat sementara sahaja untuk tempoh tiga tahun atau lebih awal jika Dewan dibubarkan? kata Mukhriz.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top