BM | EN | 中文

BAB BAKAL DILAKSANA DI MERSING TIDAK LAMA LAGI

Jimmy-Puah-Wee-Tse.jpg
Advertisement

KULAI, 29 SEPT : Sebahagian kawasan di Mersing bakal dilaksanakan Bekalan Air Berjadual (BAB), tidak lama lagi, kata Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse.

Menurutnya, ini berikutan, bacaan semasa Empangan Labong juga telah menunjukkan bacaan paras henti loji.

“Ini belum ada tarikh lagi (BAB di Mersing). Tetapi, hampir pasti dalam masa terdekat BAB terpaksa diadakan dan jumlah akaun yang terlibat adalah 4,987.

Advertisement

“Ini disebabkan keadaan cuaca panas dan kering berterusan serta tidak nampak perubahan dalam masa terdekat.

“Diharap dalam masa terdekat, selepas masuk monsun baru akan ada perubahan,” katanya kepada wartawan selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Geran Bantuan ke Institut Pengajian Tinggi Tahun 2019 di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun Bukit Batu, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 32 penerima menerima bantuan yang mana tiga pelajar yang melajutkan pelajaran di peringkat diploma mendapat bantuan RM500, manakala 29 pelajar yang menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda pula menerima RM1,000.

Advertisement

Adun Bukit Batu itu memberitahu, meskipun kebelakangan ini berlaku hujan di Johor, bagaimanapun ia masih tidak dapat memulihkan rizab bekalan air.

“Bacaan paras air akan bertambah sekiranya Johor menerima secara tidak henti. Jadi, setakat ini, keadaan tiada penambahbaikan,” katanya yang turut memaklumkan kawasan membabitkan Empangan Lebam, Kota Tinggi mula dilaksanakan BAB pada 8 Oktober depan.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri masih lagi berbincang dengan Jabatan Matereologi Malaysia dan syarikat yang melaksanakan operasi pembenihan awan (OPA) untuk melaksanakan operasi berkenaan dalam masa terdekat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top