BM | EN | 中文

B5 Johor Street Market pusat pelancongan runcit pertama promosi seni kebudayaan

yusaini-1.jpg

Yusaini (kiri) memberi taklimat kepada wakil media.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 FEB: B5 Johor Street Market di sini bakal menjadi pusat pelancongan runcit pertama yang akan turut mempromosikan aktiviti seni dan kebudayaan, selain membawa ciri warisan dan daya tarikan Johor pada reka bentuk keseluruhannya.

Dibangunkan oleh Johor Corporation (JCorp) melalui bahagian harta tanah Johor Land Berhad (JLand) dan diuruskan oleh Damansara Assets Sdn Bhd (DASB), pusat berkenaan menyediakan 219 ruang perniagaan kepada usahawan.

Pengarah Eksekutif DASB, Yusaini Sidek berkata untuk tahun pertama, mereka telah menetapkan sasaran 6 juta ketibaan pelancong di pusat itu, yang mana sasarannya akan meningkat secara beransur-ansur pada tahun-tahun berikutnya.

Advertisement

“Apa yang kami tawarkan di sini adalah pusat sehenti yang hebat untuk para pelancong, contohnya jika mereka menghabiskan dua jam di sini, mereka boleh menggunakan masa untuk tidak hanya membeli cenderahati tetapi dapat menikmati persembahan kebudayaan dan seni negeri.

“Pelancong, penumpang tempatan atau antarabangsa, juga boleh menikmati makanan tempatan di tengah-tengah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri lawatan bersama pihak media dan wakil dari industri pelancongan Johor, di sini.

Pengunjung boleh menantikan pelbagai produk pelancongan di B5 Johor Street Market.

Tambahnya, para pengunjung, penduduk tempatan atau pelancong antarabangsa, boleh melihat pelbagai produk pelancongan di B5 Johor Street Market itu yang akan dibuka secara rasmi pada Khamis ini.

Advertisement

Katanya, sehingga kini B5 Johor Street Market telah 84 peratus diisi pelbagai peruncit dari penyewa utama yang termasuk D’Market oleh Kapitan Grocer serta pilihan F & B seperti JBorn, Cupchai dan Dum Dum (Thai Tea).

“Pengunjung juga boleh melihat produk-produk kraftangan tempatan seperti Klasik Busana, Lukisan Leman dan aksesoris serta produk lain di pusat berkenaan,”katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top