KUALA LUMPUR, 10 NOV: Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) melantik ahli majlis tertinggi Bersatu, Datuk Seri Azmin Ali sebagai Pengarah Pilihan Raya bagi mengetuai persediaan jentera pilihan raya Perikatan Nasional.
Perkara itu dipersetujui sebulat suara gabungan itu, menurut kenyataan Setiausaha Agungnya, Hamzah Zainuddin
Dalam pada itu, sayap pemuda Perikatan Nasional akan diketuai oleh Khairil Nizam yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Dikatakan keduanya itu diminta untuk merancakkan lagi aktiviti di peringkat akar umbi agar dapat merapatkan silaturahim antara ahli-ahli parti.
“Majlis Tertinggi percaya keputusan-keputusan ini bakal memantapkan lagi gerak kerja PN di semua peringkat dan menambah baik koordinasi dalam kalangan parti-parti komponen PN,” kata Hamzah
Johorkini