BM | EN | 中文

“Azmin dan pasukannya kian tersepit”

hamid-jamah-Amanah-Johor.png

Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) negeri Johor, Abdul Hamid Jamah

Advertisement

BATU PAHAT, 20 JUL: Kelompok bekas timbalan presiden PKR, Mohamad Azmin Ali yang sebelum ini membuat gerakan keluar partinya dan menyokong Perikatan Nasional (PN) kini mulai tersepit.

Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) negeri Johor, Abdul Hamid Jamah berkata, pasukan Azmin akan ketinggalan untuk membuat gerak kerja memperkenalkan diri selepas mereka kini dilihat tidak berparti.

“Pasukan Azmin pastinya tersepit kerana mereka tidak tahu ke mana halatuju politik mereka. Kini mereka ibarat kapal yang karam tanpa layar.

Advertisement

“Lihat saja program-program yang mereka buat, tidak mendapat sokongan daripada kerajaan negeri dan mereka menggunakan penama sebagai ‘menteri’ atau jawatan dalam kerajaan sahaja.

“Atas ‘platform’ apa yang mereka mahu gerakkan agenda mereka?

“Di Malaysia, asas pemilihan pemimpin umumnya berpandukan kepada parti. Atas landasan parti apa yang pasukan Azmin ingin canangkan kepada rakyat? kata Hamid.

Advertisement

Tambah beliau, pasukan Azmin perlu sedar mereka hanya alat rakannya dalam komponen PN bagi kelangsungan pemerintahan.

“Pasukan Azmin juga dilihat tidak ada asas dalam membawa agenda rakyat. Pasukan itu sendiri rapuh kerana tidak ada kesatuan membentuk sebuah parti yang berdaftar secara sah,” katanya.

Hamid yang merupakan Ketua Amanah kawasan Batu Pahat berkata, sekiranya piihanraya umum (PRU) diadakan pastinya parlimen Batu Pahat menjadi rebutan pelbagai parti dalam komponen PN termasuk pasukan Azmin.

Advertisement

“Sekarang ini parlimen Batu Pahat disandang ahli parlimen yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat iaitu Datuk Rashid Hasnon.

“Pada PRU akan datang Datuk Rashid yang merupakan pasukan Azmin nak bertanding atas tiket apa?

“Adakah Umno ataupun Pas akan memberikan laluan mudah kepada Datuk Rashid untuk mempertahankan kerusi berkenaan dan dalam masa yang sama beliau tidak berparti?

Advertisement

“Ternyata pasukan Azmin ini semakin terdesak untuk terus mencatur ‘karier’ atau masa depan politik mereka.

“Pasukan Azmin ini akhirnya akan terus karam dan tenggelam dengan arus kekuatan rakan (PN) sekiranya lambat membuat tindakan,” katanya lagi.

Hamid berkata, Pakatan Harapan (PH) di parlimen Batu Pahat sudah bersedia berdepan sesiapa sahaja dari PN bagi mempertahankan suara rakyat di kerusi parlimen berkenaan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top