BM | EN | 中文

Azman Mokhtar dilantik pengarah lembaga pengurusan UTM yang baru

Azman-Mokhtar.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 MEI: Bekas Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), Tan Sri Azman Mokhtar dilantik sebagai Pengarah Lembaga Pengurusan Universiti (LPU) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang baharu berkuat kuasa semalam sehingga 4 April 2024.

UTM menerusi satu kenyataan memaklumkan lantikan Azman adalah bagi menggantikan Tan Sri Abdul Halim All yang telah tamat perkhidmatan awal tahun ini.

*Azman merupakan ikon hebat negara yang tidak asing lagi dalam dunia korporat dan perniagaan kerana beliau mempunyai pengalaman luas melalui beberapa jawatan yang dipegang dalam organisasi penting.

Advertisement

‘Selama 14 tahun beliau bersama Khazanah iaitu sejak Jun 2004 hingga Julai 2018, Khazanah telah berkembang menjadi dana terkemuka di rantau ini apabila portfolio bersihnya meningkat daripada RM33.3 bilion pada tahun 2004 kepada RM115.6 bilion pada 2017; menurut kenyataan itu di sini Khamis lalu.

Kenyataan itu menyebut, setelah Azman bersara daripada Khazanah, beliau bergiat aktif dalam pelbagai perkhidmatan awam, akademik dan organisasi komersial termasuk dilantik menjadi Feb Pelawat Tersohor di Pusat Pengajian Pembangunan, Universiti Cambridge, United Kingdom.

Menurut UTM, antara jawatan terkini Azman ialah sebagai ahli Global Future Council on Investing of the World Economic Forum dan Ahli Jawatankuasa Pemandu Forum Kewangan Etika Global serta Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan Pusat Pengajian Islam Oxford.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top