BM | EN | 中文

AZKIYYAH WAHIDA POPULAR KERANA VIDEO TULAR

IMG-20191211-WA0052-e1576065542972.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 DIS: Azkiyyah Wahida Dzulkifli, 22, tidak menjangka tendangannya yang menerjah gelung bola jaring ketika pertandingan futsal menjadi tular di media sosial, baru-baru ini.

Lebih manis, rakaman video itu bukan sahaja tular dalam negara, tetapi juga di peringkat antarabangsa, sehingga Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) Wanita berkongsi rakaman video itu dalam laman sosial rasmi mereka.

Malahan, rakaman itu turut mendapat perhatian bekas penjaga gol pasukan bola sepak wanita Amerika Syarikat, Hope Solo.

Advertisement

Azkiyyah Wahida memberitahu, video tersebut dirakamkan pensyarahnya sebelum dikongsi ke laman sosial.

“Pada 29 November lalu, saya menyertai pertandingan futsal yang mana kesemua pesertanya adalah wanita.

“Ketika itu saya hanya berfikir untuk menjaringkan gol, namun bola tendangan saya tersasar sehingga memasuki jaring bola jaring,” katanya ketika ditemui wartawan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Advertisement

Dia yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu turut memberitahu, dia turut berasa teruja selepas mendapat tahu rakaman video itu tular sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Saya lebih menggemari bidang muzik dan bukanlah peminat bola sepak, namun saya menyertai pertandingan itu hanya untuk beriadah dan bergembira bersama rakan.

“Jaringan itu hanyalah nasib dan sukar untuk saya mengulanginya jika ada mana-mana pihak yang meminta saya berbuat demikian, tambahnya.

Advertisement

Rakaman video yang tular itu mendapat perhatian ramai sehingga ada yang mahu mencadangkannya untuk Anugerah Puskas, iaitu anugerah yang diberikan kepada pemain yang menjaringkan gol menarik sepanjang tahun.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top