BM | EN | 中文

Aziz Shamsuddin meninggal dunia

azizsamsuddin.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 17 OKT: Bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Abdul Aziz Shamsuddin, 82, meninggal dunia pada kira-kira 11.52 malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi Majlis Perundingan Melayu (MPM).

“Solat jenazah akan diadakan di Bukit Damansara selepas solat subuh hari Sabtu, 17 Okt 2020 (hari ini). Namun demikian, kami mohon maaf SOP PKPB hanya mengizinkan 20 orang sahaja untuk melaksanakan solat jenazah.

Advertisement

“Jenazah akan dikebumikan di Gopeng, Perak,” menurut MPM dalam hantaran itu.

Menerusi hantaran itu juga, MPM memohon agar orang ramai dapat mendoakan Allahyarham dan rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan para solihin.

Abdul Aziz mula berkecimpung dalam arena politik setelah menyertai Umno di Cawangan Pelabuhan Kelang pada tahun 1969.

Advertisement

Allahyarham merupakan bekas Ahli Parlimen Shah Alam dari 2004 hingga 2008. Sebelum itu pada 1975, beliau dilantik sebagai pgawai khas kepada Menteri Pelajaran ketika itu, Dr Mahathir Mohamad.

Allahyarham menyambung perkhidmatan sebagai setiausaha sulit dari tahun 1981 hingga 1999 dengan Dr Mahathir yang merupakan perdana menteri keempat ketika itu.

Beliau juga merupakan bekas ahli Majlis Tertinggi Umno.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top