BM | EN | 中文

AZHARI CABAR DIRI DALAM PERNIAGAAN PAKAIAN TERPAKAI

kedai-azhari.jpg
Advertisement

“Kalau kau tidak berusaha, sampai mati akan menjadi hamba orang,” kata-kata ayah itu menjadi azimat kepada Azhari Manaf, 44 yang mengusahakan kedai pakaian terpakai yang dinamakan AZ96 berdekatan Dataran Pontian, Pontian.

Kedai berkenaan menyediakan pelbagai koleksi berjenama seperti Champion, Tommy Hilfinger, Levi’s ‘kepala kain’, t-shirt band ‘vintage’ serta beratus jeans biru dari Amerika Syarikat dan Jepun dengan harga yang sangat berpatutan.

Bercerita tentang kisahnya, Azhari sebelum ini bekerja sebagai penyelia tapak projek bagaimanapun mencari pendapatan sampingan dengan berniaga pakaian secara kecil-kecilan di pasar malam.

Advertisement

Azhari di kedainya

“Setelah beberapa tahun bekerja makan gaji, pada tahun 2004 syarikat tempat saya bekerja terpaksa berpindah ke Kluang.

“Setiap ujian ada rahsia yang kita tidak tahu, bermula dari situ saya dan isteri memutuskan untuk berniaga sepenuh masa dan membuka perniagaan pakaian terpakai kerana ia dilihat mendapat sambutan,” katanya kepada JohorKini.

Bercakap mengenai cabaran, Azhari memberitahu, menjual pakaian terpakai memerlukan ketelitian terhadap kualiti barang dan mereka perlu peka dengan arus fesyen semasa.

Advertisement

“Jangan main-main dengan barang bundle, barang ini juga banyak kategori – gred A, gred B dan gred Gred A lebih mahal tapi kualitinya lebih baik.

“Dalam menentukan gred setiap barang, peniaga perlu faham tentang sesuatu barang, dari sejarahnya dan tahap ketulenannya,” katanya.

Beliau memberitahu, kebiasaan pakaian yang diambil terus dari kilang akan dibungkus dalam guni. Kebiasaannya setiap guni harganya lebih kurang RM1,000.

Advertisement

“Pakaian yang dibeli secara pukal di dalam guni akan diasingkan mengikut gred, di sini kebijaksanaan peniaga untuk mengasingkan mengikut pengalaman dan pengetahuan. Untung nasib, dalam sekarung guni dapat banyak pakaian yang ‘rare’

“Contoh ‘rare’ selalunya pakaian ‘vintage’ atau edisi terhad, selalu dalam industri bundle kita panggil dapat ‘jackport’. Kebiasaanya pakaian begini mencecah ribuan ringgit, contohnya ‘Levis kulit ayam’, antara keluaran awal Levis”

“Kalau baju kebiasaanya jenama Hanes, Fruit of The Loom, Anvil, Tee Jays dan Russels dengan tag ‘Made in U.S.A. Sekarang agak susah untuk dapatkan sebab kebanyakan barang yang sampai dari Jepun seperti Uniqlo, namun tetap berkualiti,” katanya.

Advertisement

Sepanjang 15 tahun berniaga, beliau memberitahu, terdapat pelbagai kerenah para pelanggan dihadapinya sama ada yang berkunjung ke kedai AZ96 Bundle dan tapak niaga di pasar malam.

“Pelanggan biasanya ikut tempat. Kalau di pasar malam dan pasar pagi biasanya penduduk setempat. Kalau di kedai, selain anak Pontian yang menetap di Pontian dan luar Pontian, ada juga dari pelanggan dari Thailand dan Vietnam sampai ke sini semata-mata nak cari barang vintage.

“Ada yang datang membeli pakaian untuk dipakai dan ada juga sebagai ‘collector’, pengumpul barang vintage,” katanya.

Advertisement

Tambahnya, untuk terus maju dalam perniagaan ini, seorang peniaga itu perlu bersistematik dan kekal berdisiplin

“Mungkin orang melihat dari luar meniaga bundle diuruskan secara santai. Namun, displin dan sistematik sangat penting terutamanya dalam mengurus kewangan.

“Saya belajar mengurus kewangan secara bersistem dan displin dengan kawan-kawan terutama mereka yang telah lama berniaga.

Advertisement

“Apabila saya dan isteri memutuskan untuk meniaga sepenuh masa, displin dalam menguruskan kewangan sangat kami titik beratkan.

“Apatah lagi kami pandang jauh untuk perniagaan ini, apatah lagi memang harapan kami untuk mengembangkan lagi perniagaan ini,” katanya lagi.

Justeru, beliau berharap, kedai Bundle AZ96 terus berkembang dengan koleksi pakaian bundle yang lebih pelbagai seperti pakaian khusus untuk sukan dan wanita.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top