BM | EN | 中文

AYUH UNDI SAFAWI UNTUK ANUGERAH GOL TERCANTIK ACL 2019

JDT-Safawi-Rasid-vs-Shandong-Luneng.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 NOV: Para penyokong pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) diseru untuk beramai-ramai memberikan undi kepada Safawi Rasid bagi Anugerah Gol Tercantik ACL 2019.

Gol yang dijaringkan Safawi untuk JDT itu ketika perlawanan menentang Shandong Luneng di pertandingan Asian Champions League (ACL) 2019, dan diiktiraf antara 10 gol tercantik di pertandingan tersebut musim ini.

ACL merupakan pertandingan peringkat kelab paling paling berprestij di Asia, dan musim ini merupakan penyertaan pertama JDT untuk persaingan tersebut.

Advertisement

Setelah dicalonkan sebagai 10 jaringan tercantik bagi musim 2019, gol Safawi Rasid kini berpeluang memenangi Anugerah Gol Tercantik ACL 2019 sekiranya memperolehi undian yang mencukupi.

Laman sukan Semuanya Bola melaporkan ketika ini, gol jaringan Safawi Rasid berada di kedudukan kedua di belakang pemain Persepolis, Shojae Khalilzadeh dalam senarai undian tertinggi.

Untuk menonton jaringan tersebut, sila klik disini.

Advertisement

Justeru, para pencinta bola sepak di Johor dan penyokong JDT diminta untuk membuat undian melalui pautan ini 👉 The AFC.

Pencalonan gol Safawi adalah munasabah kerana pada minggu perlawanan tersebut, jaringan penyerang negara itu turut dicalonkan sebagai AFC Champions League Allianz Goal of the Week.

ACL 2019 pada musim ini menyaksikan Al Hilal SFC muncul juara selepas menewaskan Urawa Reds.

Advertisement

Musim ini menyaksikan dua wakil negara layak bertanding di pertandingan ini, namun pasukan Perak gagal layak ke peringkat kumpulan saingan selepas terkandas di pusingan kelayakan kepada Ulsan Hyundai.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top