BM | EN | 中文

AYUH TURUN RAMAI-RAMAI ESOK, SOKONG CALON HARAPAN” – MUHYIDDIN

IMG-20191102-WA0001.jpg

PONTIAN, 1 NOV: Presiden Bersatu, Tan Seri Muhyiddin Yassin menyeru kepada semua penyokong untuk hadir beramai-ramai mengiringi calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini padahari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, esok.

Beliau berkata, ia adalah penting untuk membangkitkan semangat ahli-ahli parti Pakatan Harapan dan merupakan penentu kepada kemenangan calon PH.

“Esok hari yang penting, hari penamaan calon PRK Tanjung Piai.Kita akan meletakkan calon kita, Haji Karmaine. Mudah-mudahan diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Yang penting kita nak melihat sokongan daripada semua pendokong PH, terutamanya dari Bersatu untuk keluar beramai-ramai memberikan sokongan moral,” kata Muhyiddin ketika ditemui Johorkini di Bilik Gerakan Utama PH dekat Eco Rambah, di sini, petang tadi.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Pengerusi PH Johor mengingatkan kepada penyokong untuk memakai pakaian dengan tema warna merah dan membawa bendera PH.

“Saya menyeru supaya beramai-ramai keluar. Pakai baju merah dan bawa bendera Pakatan Harapan,” katanya.

Penamaan calon bagi PRK P165 Tanjung Piai akan diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian dan dijangka proses penamaan calon akan bermula dari jam 9 pagi.

Terdahulu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, kira-kira 10,000 penyokong parti akan hadir memberi sokongan kepada calon masing-masing.

Katanya, seramai 412 orang pegawai dan anggota polis telah diaturkan untuk bertugas untuk memastikan kelancaran proses penamaan calon itu.

Beliau turut menasihatkan kepada para penyokong untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top