BM | EN | 中文

Ayuh sertai kemeriahan sambutan Tahun Melawat Johor 2020

tmj-2020-harbour.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 31 DIS: Sambutan Tahun Melawat Johor (TMJ) 2020 akan dilancarkan pada petang ini di Marina Puteri Harbor, Iskandar Puteri, Johor bermula pada jam 5.00 petang hingga 12.30 malam.

Majlis tersebut akan disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal, pada jam 10.55pm ini merupakan kerjasama antara kerajaan negeri melalui Tourism Johor bersama UEM Sunrise.

Tourism Johor dalam satu kenyataan memberitahu majlis ini menandakan bermulanya kempen bagi memaklumkan kepada orang ramai berkenaan program-program yang akan dilaksanakan dan destinasi-destinasi utama yang perlu dilawati sempena Tahun Melawat Johor 2020.

Advertisement

Antara pengisian program melibatkan aktiviti-aktiviti menarik dengan pengisian seperti berikut antaranya:

  • Disco Santan
  • Samba Show
  • Meet & Greet bersama maskot Legoland Malaysia, Angry Bird Park, Joh – Visit Johor 2020 dan Jimi – SUKMA Ke-20
  • Persembahan istimewa Jewel of Asia oleh Yayasan Warisan Johor
  • 1st Bas mapping projection show in Malaysia
  • Persembahan daripada artis Joe Filzzow, DJ Dave T, Bunga Isme, The Couple Band, Orkes A Hizadin
  • Persembahan daripada Orkestra Darul Ta’zim dan 24 Festive Drums

Selain itu pada majlis tersebut, turut ditawarkan ialah cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah yang menarik, Countdown dan persembahan bunga api, jualan food truck, aktiviti-aktiviti bagi kanak-kanak seperti drum circle dan inflatable castle selain persembahan parkour.

Orang ramai yang berada di sekitar bandaraya Johor Bahru dan Iskandar Puteri dijemput hadir.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top