BM | EN | 中文

Ayuh orang Johor, sama-sama kibarkan Jalur Gemilang, ajak MB

Screen-Shot-2019-08-06-at-6.57.34-PM-2.png
Advertisement

TANGKAK, 6 OGOS: Rakyat Johor disaran untuk menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan negara, termasuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang di persekitaran masing-masing.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata tindakan tersebut membantu membentuk sikap patriotisme dan rasa cintakan negara yang disarankan beliau untuk dipupuk dan digarap pada semua peringkat.

“Kibarkanlah bendera negara kita di setiap tempat dengan rasa penuh bangga sebagai tanda sokongan kita kepada kempen ‘Kibar Jalur Gemilang’.

Advertisement

“Semarakkan kempen ini dengan mengibarkan Jalur Gemilang di rumah masing-masing, pejabat-pejabat, kedai-kedai dan gedung-gedung perniagaan serta kenderaan.

“Pastikan semua Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Johor yang telah lusuh dan koyak-koyak di ganti yang baharu, tanda semangat patriotik kita,” kata Sahruddin pada pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat Johor di laman rumah limas Kundang Ulu, di Tangkak, hari ini.

Advertisement

Adun Bukit Kepong tersebut juga berkata orang ramai tidak seharusnya menganggap pengibaran Jalur Gemilang yang meriah sebagai hanya satu pemandangan yang tidak dapat mempengaruhi emosi seseorang.

Kata Dr Sahruddin, Jalur Gemilang bukan hanya sekadar sehelai kain yang berkibar kosong, sebalknya merupakan simbol utama negara.

“Ia adalah simbol negara kita, Malaysia. Tanpanya, apalah makna kehidupan bernegara. Setiap daripada kita harus menerapkan semangat patriotik demi Malaysia,” katanya lagi.

Advertisement

Dalam pada itu Dr Sahruddin berkata tempoh kemerdekaan lebih 60 tahun ini juga menyumbang kepada kematangan pemikiran rakyat yang berani membuat perubahan dalam hidup mereka dengan memberikan mandat kepada Pakatan Harapan (PH) bagi mentadbir Putrajaya, termasuk negeri Johor sendiri.

Tambahnya, struktur dan sistem pentadbiran negara kini dilihat jelas berlaku proses penambahbaikan, selain perkembangan ekonomi yang terus menjadi daya tarikan luar negara.

“Demi survival rakyat dan negara, segala usaha perlu dilipatganda dan ditambah nilai bagi menjamin kesejahteraan serta nikmat yasng bakal diwarisi oleh generasi akan datang,” katanya lagi.

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top