BM | EN | 中文

AYUH KE JDT STORE, DESARU COAST

JDT-Store.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 DIS: JDT Store kini telah dibuka kepada para penyokong dan orang ramai di Desaru Coast, Bandar Penawar, Kota Tinggi.

Menurut kenyataan media sosial laman Facebook Johor Southern Tigers, terdapat produk-produk rasmi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) serta pelbagai cenderamata dijual di sini.

“Pelbagai cenderamata termasuklah jersi pasukan, mafla serta pelbagai lagi barangan rasmi Harimau Selatan,” katanya kenyataan itu.

Advertisement

Pembukaan JDT Store ini mendapat maklumbalas positif dari orang ramai terutamanya penyokong JDT dan warga Johor.

Rata-rata netizen menghantar tanda “bagus” disamping saranan agar diberikan diskaun khas untuk warga Johor di ruang komen laman berkenaan.

JDT Store, Desaru Coast kini dibuka setiap hari bermula jam 10.00 pagi. Ayuh!

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top