BM | EN | 中文

“AYUH BERKAMPUNG DI TANJUNG PIAI” – KETUA PEMUDA PH JOHOR

Taqiuddin-Cheman.jpg
Advertisement

PONTIAN, 27 OKT: Ketua Pemuda Pakatan Harapan Johor Taqiuddin Cheman menyeru kesemua sayap pemuda empat parti komponen Pakatan Harapan (PH) untuk hadir beramai-ramai bagi memberi sokongan pada majlis memperkenalkan calon pilihanraya kecil (PRK) Tanjung Piai esok.

Majlis bagi memperkenalkan calon tersebut akan diadakan di Dewan Hai Kee, Jalan Johor, Batu 34, Pontian pada jam 2.00 petang, esok

Katanya, kesemua sayap pemuda PH perlu mempamerkan kesatuan dan dalam majlis memperkenalkan calon esok adalah masa untuk merancang, berganding bahu dan bermuafakat bagi mempertahankan parlimen P165 Tanjung Piai.

Advertisement

“Seluruh sayap pemuda parti Pakatan Harapan diseru untuk sama-sama menghadirkan diri ke majlis memperkenalkan calon pilihanraya kecil (PRK) Tanjung Piai esok serta merancakkan gerak kerja menuju hari pengundian 16 November nanti.

“Mesej yang ingin kita bawa, pemuda parti Pakatan Harapan perlu sentiasa bersedia menjadi barisan hadapan untuk memberikan penerangan dan maklumat jelas kepada rakyat tentang usaha penambahbaikan yang dilakukan oleh kerajaan hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Johorkini pada sesi lawatan ke Bilik Gerakan Utama PRK P165 Tanjung Piai dekat Rambah, Pontian, hari ini.

Advertisement

Dalam pada itu, Taqiuddin yang juga Adun Pulai Sebatang berkata, satu mesyuarat bersama pemuda parti Pakatan Harapan akan diadakan.

Ia bagi menyelaras gerak kerja dan kempen bersama Pemuda Amanah, Angkatan Muda Keadilan, Pemuda DAPSY dan Armada Bersatu sebaik selesai penamaan calon pada 2 November.

“Kita juga akan turut bekerjasama dengan rakan-rakan pemuda PH dari negeri lain bagi merancang gerak kerja dan kempen bersepadu.

Advertisement

“Sebahagian dari kita telah ada pengalaman dalam beberapa PRK sebelum ini. Apa yang cuba dilakukan adalah untuk memberikan penerangan seluas mungkin kepada para pengundi di parlimen Tanjung Piai.

“Diharap semua pihak dapat memberikan kerjasama. Kita akan berkampung di Tanjung Piai mulai esok,” kata Taqiuddin lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top