BM | EN | 中文

Ayob Khan kata ada pegawai sengaja lewatkan siasatan hingga penjenayah terlepas – Laporan

ayob-khan-kp-johor.jpg

Gambar Ehsan FB Polis Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 31 JAN: Sebahagian pegawai kanan polis cuai atau sengaja melambatkan siasatan membabitkan kes jenayah, narkotik atau jenayah komersial hingga suspek terlepas.

Ada juga beberapa kes suspek yang sudah dijatuhkan hukuman tetapi kelemahan tapisan keselamatan oleh polis membolehkan pesalah bekerja dengan syarikat swasta dan sektor awam, termasuk dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

BH Online melaporkan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay sebagai berkata, beliau mengesan beberapa salah laku pegawai kanan itu dan akan mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka.

Advertisement

Katanya, audit yang dijalankan pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor mendapati ada kertas siasatan yang sudah mendapat arahan tuduh di mahkamah daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya hampir tujuh bulan, tetapi tidak diambil tindakan oleh pegawai penyiasat.

Beliau berkata, ada juga pegawai penyiasat tidak menghantar kertas siasatan untuk edaran pertama dalam tempoh 24 jam dan ada kes tertentu tiada pengedaran kes dalam tempoh tiga bulan.

“Ada pula pegawai penyiasat tidak edarkan kertas siasatan ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya, walaupun sudah mendapat laporan kimia dan patalogi menyebabkan tiada waran tangkap dimohon sehingga orang kena tuduh (OKT) gagal dikesan.

Advertisement

“Terdapat juga kes pegawai penyiasat kanan atau ketua bahagian yang tidak teliti dan memberi arahan terlalu ringkas kepada pegawai penyiasat sehingga ketirisan pada kertas siasatan berlaku dengan kegagalan itu mempunyai kesan besar membabitkan rekod jenayah suspek atau banduan.

“Ini punca utama ada pesalah yang dijatuhkan hukuman tetapi melepasi tapisan keselamatan pihak berkuasa dan ada di kalangan mereka ini masih bekerja dalam sektor awam, swasta termasuklah dalam PDRM sendiri, ” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Amanat Ketua Polis Johor dan laporan prestasi 2020 semalam.

Advertisement

Ayob Khan berkata, IPK Johor akan menghantar pasukan petugas khas untuk memeriksa secara mengejut kertas siasatan di semua daerah, mulai bulan depan.

Katanya, jika ada kelemahan pada penyeliaan kertas siasatan sama ada pada peringkat pegawai penyiasat, pegawai penyiasat kanan, ketua bahagian dan ketua polis saerah, mereka akan dikenakan tindakan tatatertib.

“Apa yang jelas di sini ialah kurangnya penyeliaan pada peringkat daerah dan ini fakta. Seharusnya, tiada lagi alasan kerana semua peringkat berkenaan berpengalaman luas dalam bidang dan tanggungjawab masing-masing.

Advertisement

“Dalam konteks rasuah, salah laku dan bersekongkol dengan penjenayah, dadah dan penyeliaan, tiada tolak ansur dan tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top