BM | EN | 中文

Ayob Khan akui pernah terima surat layang salah laku Ketua Polis Daerah

ayob-khan-polis-johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 OKT: Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan mengakui pernah menerima surat layang berkaitan dengan salah laku Ketua Polis Daerah yang juga pernah diterimanya sebelum ini.

Namun katanya, seperti mana maklumat dari whatsapp, maklumat surat layang yang diterimanya disiasat terlebih dahulu.

“Seperti maklumat yang diterima menerusi WhatsApp, maklumat surat layang ini saya siasat dahulu kesahihan dakwaan itu. Tindakan akan diambil jika maklumat yang disalurkan dalam surat layang itu benar.

Advertisement

“Dalam hal surat layang ini, saya perhatikan ia sebagai salah satu cara orang awam menyalurkan maklumat kepada polis selain menggunakan platform media sosial,” katanya.

Terdahulu, Utusan Online melaporkan Ayob Khan tidak kisah nombor peribadinya diketahui ramai selain dihujani mesej dihantar individu tidak dikenali dengan pelbagai maklumat dan pemerhatian terhadap aktiviti yang berlaku di sekeliling mereka.

Katanya, maklumat awam yang disalurkan penduduk setempat menerusi aplikasi WhatsApp atau surat layang secara terus kepadanya membawa kepada kejayaan polis membanteras pelbagai kegiatan jenayah.

Advertisement

Kata Ayob lagi, setiap maklumat yang diterima itu akan diselidiki dan diberi perhatian oleh beliau sebelum tindakan diambil menerusi ketua polis daerah termasuk mengadakan intipan dan serbuan.

Dalam pada itu, Ayob Khan berkata, sebarang maklumat yang disalurkan itu diberikan perhatian dan memerlukan tindakan segera setelah tindak tanduk polis yang sering diperhatikan masyarakat terutama membabitkan isu rasuah.

“Orang awam selalu perhatikan polis sama ada wujud tindakan ‘kawtim’ daripada polis terhadap maklumat yang diberikan itu. Jangan pula maklumat diberikan tetapi tiada tindakan diambil disebabkan rasuah.

Advertisement

“Rasuah perlu diperangi secara menyeluruh. Jangan melindungi pesalah atau penerima rasuah ini. Kebiasaan masalah ini akan memberi kesan kepada negara,” katanya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top