BM | EN | 中文

“AYAH IBU PUJUK ANAK-ANAK BALIK MENGUNDI CALON PH”

IMG-20191102-WA0031.jpg
Advertisement

PONTIAN, 2 NOV : Ibu bapa di kawasan Parlimen Tanjung Piai diminta agar memujuk anak-anak mereka yang bekerja di luar kawasan supaya pulang pada 16 November ini untuk mengundi calon Pakatan Harapan (PH).

Ketua Srikandi Bersatu Malaysia,  Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, beliau yakin kaum wanita terutamanya mempunyai pengaruh kuat kepada anak-anak.

Menurutnya, usaha memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai itu bukanlah semata-mata sekadar untuk menang.

Advertisement

Katanya, sebaliknya kemenangan di kerusi itu adalah untuk meneruskan usaha-usaha yang telah dilakukan Allahyarham Datuk Dr Md Farik Md Rafik sebelum ini.

“Memang kalau menang bukan kita dapat ubah apa-apa tetapi kita mahukan kemenangan sebab nak teruskan usaha-usaha dilakukan arwah dulu.

“Jadi, ayah ibu kita minta pujuk anak-anak agar balik mengundi calon PH. Kte sama-sama terangi harapan rakyat pada 16 November nanti,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Wanita PH dan Sukarelawan P156 Tanjung Piai yang disempurnakan Ketua Wanita PH Nasional, Zuraida Kamaruddin, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berharap agar jentera wanita PH akan berjuang dengan penuh keyakinan dalam PRK kali ini.

“Kita kena yakin kita akan menang baru kita dapat yakinkan yang lain. Kalau kita tidak yakin payah nak yakinkan yang lain. Kena yakinkan rakyat agar mereka buat pilihan yang tepat seperti mana PRU14 lalu,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top