BM | EN | 中文

AXIS-REIT AKAN BELI DUA HARTANAH DI JOHOR DENGAN HARGA RM56 JUTA

Axis-Reit.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 14 OGOS: Amanah Pelaburan Hartanah Axis (Axis-REIT) akan membeli dua hartanah di Johor dengan harga RM55.8 juta secara tunai daripada Nusajaya Tech Park Sdn Bhd.

Syarikat itu berkata pemegang amanahnya, RHB Trustees Bhd, telah menandatangani dua perjanjian jual dan beli dengan Taman Teknologi Nusajaya untuk cadangan pembelian hartanah itu yang terletak di Iskandar Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata hartanah pertama, berharga RM42.0 juta, mempunyai keluasan tanah 1.4674 hektar dan kini ia dipajak kepada syarikat kejuruteraan global, GKN Aerospace.

Advertisement

Hartanah kedua, bernilai RM13.8 juta, mempunyai kawasan tanah seluas 0.6585 hektar.

Kedua-dua hartanah itu mempunyai nilai pasaran masing-masing sebanyak RM42 juta dan RM15.5 juta.

“Pembelian dua hartanah itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan Axis-REIT selepas pembelian itu selesai yang dijangkakan pada akhir 2019,” kata syarikat tersebut.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top