BM | EN | 中文

Awan sambut baik usaha kerajaan bantu wanita terlanjur

rozita.jpg

Rozita

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 7 FEB : Angkatan Wanita Amanah (Awan) Negeri Johor menyambut baik usaha kerajaan untuk membantu golongan wanita terlanjur di negeri ini.

Timbalan Ketuanya, Rozita Abdul berkata, usaha itu dilihat baik bagi memberi harapan kepada golongan wanita untuk terus bersama masyarakat tanpa disisihkan.

Katanya, penghargaan juga harus diberikan kepada exco Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung bersama barisan kerajaan negeri Johor yang terus berusaha membantu golongan berkenaan.

Advertisement

“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilihat konsisten membantu golongan ini dan pusat-pusat pemulihan justeru semua pihak perlu mengembleng tenaga menangani permasalahan ini.

“Bantuan dari segi moral, perlindungan dan pembinaan akhlak yang dilakukan seperti rumah perlindungan Baitus Solehah perlu diberikan sokongan.

“Semua pihak termasuk badan individu perlu fokus menangani permasalahan ini dan lebih menggerakkan lagi kegiatan menyelamatkan mereka dari terjerumus dalam kancah yang merosakkan diri remaja,” katanya.

Advertisement

Sebelum ini video yang memaparkan kisah berkenaan wanita yang terlanjur dalam Johorkini telah mendapat respon dari exco yang terbabit.

Rozita yang merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Penyayang Iskandar Puteri mencadangkan agar kerajaan mempergiatkan lagi kempen kesedaran di kalangan remaja.

“Kempen kesedaran seperti ‘road tour’ mendekati remaja yang bermasalah ini perlu dipergiatkan oleh kerajaan dalam usaha membantu mereka melalui kesedaran berkenaan kesan yang akan dihadapi mereka,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top