BM | EN | 中文

AWAN Johor seru wanita hijrah ke arah kebaikan dan pembangunan insan

AWAN-Johor-Amanah.jpg

JOHOR BAHRU, 21 OGOS: Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Johor menyeru golongan wanita di negara ini untuk melakukan hijrah ke arah kebaikan dan pembangunan wanita.

Katanya, hijrah untuk perubahan dan kebaikan sejagat adalah kerana Allah, manakala bagi wanita yang menceburi bidang politik, hijrah adalah usaha bagi menyumbang kepada pembangunan negara.

“Ia dilakukan supaya memenuhi tuntutan sejagat. Hijrah adalah usaha baik untuk membawa perubahan terhadap pembangunan wanita, meningkat dari satu tahap ke tahap yang lebih baik.

“Dunia akan menghargai idea wanita untuk bersama membawa perubahan ke arah yang lebih baik. Inilah nilai global yang berteraskan kepada Rahmatan Lil Alamin.

“Selain itu dengan ini penglibatan wanita dalam politik akan menyumbang peningkatan pembuat keputusan bagi wanita di semua sektor termasuk dalam kancah atau dunia politik khususnya di negara ini,” katanya sempena sambutan Maal Hijrah.

Dalam pada itu beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada golongan wanita yang terbabit dalam barisan hadapan sewaktu Covid 19 melanda negara ini.

Tambahnya negara juga perlu memberi peluang serta mengiktiraf kerja-kerja wanita yang membantu negara di zaman kritikal dan mencabar ini.

“Terdapat golongan wanita yang terbabit dan bersama-sama menghadapi zaman kritikal seperti Covid 19 menyerang negara dan sehingga kini masih ada peranan wanita bersama di barisan hadapan.

“Antara contoh yang kita boleh ambil adalah jururawat, cikgu dan sebagainya. Ada di antara mereka yang terkorban dalam membantu menangani masalah tersebut.

“Kita mahu negara mengiktiraf peranan tersebut. Pihak AWAN juga terharu dengan pengorbanan mereka.

“Kami mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka yang sanggup berjuang demi menjaga ketenteraman negara khususnya barisan hadapan,” katanya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top