BM | EN | 中文

AWAN Johor sasar 30 peratus wanita di peringkat pembuat dasar kerajaan dan parti

Nor-Hayati-Bachok-Adun-Maharani.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 OKT: Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Johor, Norhayati Bachok mahu memposisikan sayap itu sebagai kepimpinan utama parti AMANAH.

Sesuai tema “Kepimpinan Wanita Untuk Semua” katanya, hasrat itu sejajar dengan misi AWAN Johor bagi mencapai 30 peratus wanita di peringkat pembuat dasar kerajaan dan parti serta mengarus perdanakan AMANAH melalui peranan kepimpinan wanita di semua peringkat.

“Tema ini wajar dimaknai secara tuntas oleh kita semua bagi memastikan setiap ahli dan pimpinan AWAN Johor sentiasa bersedia untuk menjadi seorang pemimpin kepada semua golongan.

Advertisement

“Dalam konteks ini, AWAN Johor telahpun mengenal pasti lebih ramai calon wanita berpotensi, dengan latar belakang bersesuaian, rekod prestasi gerak kerja dan hubungan akar umbi yang baik untuk diposisikan dalam PRU15.

“Dalam keadaan AWAN Johor sentiasa konsisten mensasarkan 30 peratus calon dan pemimpin wanita dalam posisi pembuat dasar, sasaran ini juga haruslah seiring dengan kesediaan wanita sendiri untuk menjadi pemimpin.

“Sasaran ini tidak bererti sekiranya wanita sendiri tidak bersedia memposisikan diri dan enggan merangkul peluang, maka saya menyeru calon-calon yang telah dikenal pasti untuk membulatkan tekad dan iltizam masing-masing apabila menawarkan diri untuk posisi kepimpinan serta memastikan tahap kesediaan fizikal, mental, emosi dan spiritual yang optimum sebagai komitmen kita kepada parti dan rakyat seluruhnya,” katanya sempena konvensyen AWAN Negeri Johor ke-5 tahun ini.

Advertisement

Norhayati yang juga merupakan Timbalan AWAN Nasional menyatakan bahawa mereka sudah bersedia dan konsisten dengan tuntutan 30 peratus pembabitan dari kepimpinan mereka.

“AWAN Johor tetap konsisten menuju sasaran 30 peratus di semua peringkat pembuat dasar dengan tindakan strategik libat urus dan rundingan berterusan bersama-sama pimpinan Amanah Johor bagi memastikan kesaksamaan peluang, di samping pemerkasaan potensi kepimpinan AWAN Johor sendiri.

“Saya menyeru saudari-saudari sekalian tampil berani menonjolkan daya kepimpinan berkualiti agar calon-calon wanita tidak sekadar dianggap calon pengganti, maka setiap ruang dan peluang menjadi pemimpin dalam setiap lapisan masyarakat harus dimanfaatkan oleh AWAN Johor,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top