BM | EN | 中文

AWAN Johor harus pikul peranan ‘role model’ wanita

Aminolhuda-Hassan-Parit-Yaani-Parti-Amanah-Negara-Johor.png

Pengerusi Parti Amanah Negara Johor, YB Aminolhuda Hassan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 OKT: Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Aminolhuda Hassan berharap Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Johor menjadi ‘role model’ dalam mendepani cabaran wanita hari ini.

Aminolhuda ketika dihubungi berkata, ramai wanita hari ini yang berkerjaya dan hampir 65 peratus pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) adalah di kalangan kaum wanita.

Katanya, menjadi cabaran utama kepada AWAN sebagai penggerak wanita dalam Parti Amanah untuk menyediakan diri sebagai ‘role model’ kepada wanita-wanita di negara ini.

Advertisement

“Menjadi cabaran kepada AWAN untuk membawa golongan wanita agar menjadi ‘role model’ kepada masyarakat, kerana di tangan merekalah akan lahir generasi masa depan kita.

“Wanita mesti tabah sekuat Maryam, masitah dan Sumaiyah yang menghadapi dugaan dari masyarakat, suami dan pemimpin dengan penuh tabah, yakin dan istiqamah.

“Jika ahli AWAN Johor mempunyai sifat-sifat seperti ini akan mudah kita menarik masyarakat termasuk daripada golongan profesional dan berpengetahuan.

Advertisement

“AWAN Johor mesti mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu dan keberanian untuk mendepani masyarakat dan menerajui dakwah. Ciri-ciri kelembutan wanita amat sesuai untuk menarik masyarakat ke arah kebaikan,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa AWAN Johor perlu memperkuatkan barisan, berganding bahu serta berkerja kuat dalam satu kumpulan yang kukuh untuk menyantuni golongan wanita yang mempunyai peratusan besar dalam masyarakat.

Tambahnya, beliau yang merupakan Adun Parit Yaani, mengakui bahawa wanita mempunyai pelbagai tanggungjawab besar namun mempunyai kelebihan tersendiri.

Advertisement

“Wanita juga mempunyai kelebihan dan keupayaan tersendiri dalam ruang lingkup kerja-kerja dakwah. Tanggungjawab dan kelebihann ini perlu dihayati serta ditangani sebaiknya supaya ia menjurus ke arah kebaikan supaya ia memberi kesan yang positif bukan negatif.

“Dari segi tanggungjawab kita perlu sedar yang wanita mempunyai pelbagai tanggungjawab seperti sebagai seorang anak, isteri, ibu, pekerja dan ahli masyarakat.

“Antara ciri wanita solehah yang cemerlang ialah beliau dapat menggalas segala tanggungjawab berat di atas dengan sebaik-baiknya. Adalah diharapkan semangat Siti Khadijah mengalir dalam diri sanubari ahli-ahli AWAN Johor sehingga sanggup berkorban apa sahaja ke jalan Allah dan kebaikan ummah,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top