BM | EN | 中文

AWAN: HORMATI INSTITUSI KESULTANAN MELAYU, JANGAN SALAH GUNA KEBEBASAN BERSUARA

freespeech.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 SEPT: Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN) hari ini menasihatkan supaya warganet supaya tidak menyalahgunakan hak kebebasan bersuara serta menghormati institusi kesultanan Melayu susulan dari isu penutupan akan peribadi Twitter Raja Permaisuri Agong, baru-baru ini.

AWAN Nasional juga turut mengingatkan warganet supaya tidak mengambil mudah sikap pemaaf Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah terhadap segelintir pengguna media sosial yang menyindir baginda.

Sebaliknya, sayap parti Amanah tersebut berkata sifat pemaaf Tunku Azizah, yang tampil menitahkan supaya warganet yang membuat komen negatif terhadapnya di media sosial tidak dilaporkan kepada polis juga wajar dihargai.

Advertisement

“Warga netizen perlu menggunakan media sosial secara bijak, budaya keterbukaan dalam bersuara tidak boleh disalah guna sehingga membawa kepada keretakan dalam perpaduan dan keutuhan negara,” AWAN Nasional berkata menerusi satu kenyataan hari ini, menurut laporan Bernama.

Sementara itu, akan Twitter peribadi Tunku Azizah, @cheminahsayang yang dinyahaktifkan beberapa hari lepas, ‘dihidupkan’ semula hari ini, lapor Astro Awani.

Menurut portal berita tersebut, baginda menyahaktifkan akaunnya atas sebab peribadi.

Advertisement

“Seperti yang saya katakan, saya menyahaktifkan (akaun twitter saya) bukan kerana saya kesal dengan komen-komen yang dibuat kepada saya tetapi ia adalah atas sebab peribadi,” tulisnya.

Perkembangan terbaharu ini disambut baik pengguna Twitter yang rata-ratanya memberikan komen yang positif.

Sumber: Bernama, Astro Awani

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top