BM | EN | 中文

AWAN GERAKAN JENTERA SANTUNI WANITA TANJUNG PIAI

Norhayati.jpg
Advertisement

PONTIAN, 5 NOV : Angkatan Wanita AMANAH (AWAN) hari ini menjelaskan bahawa mereka akan menggerakkan jentera untuk membantu Pakatan Harapan (PH) dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Menurut Ketua AWAN Johor, Norhayati Bachok, pendekatan kepada golongan wanita di Tanjung Piai berkonsepkan program kewanitaan seperti menjahit, memasak, menghias serta pelbagai lagi program.

Adun Maharani itu memberitahu, pengundi wanita di Tanjung Piai memiliki peratusan yang tinggi dan ia telah menjadi tumpuan utama dalam PRK kali ini.

Advertisement

“Antara program yang akan digerakkan di sini adalah gerak kerja rumah ke rumah. Ia lebih efektif di sini kerana keadaan di sini yang mana rumah mereka berjarak agak jauh antara satu rumah ke rumah yang lain.

“Fokus kita adalah di kawasan Dun Kukup kerana di sini Adunnya dari pembangkang jadi berlakunya ketidak sampaian maklumat kepada pengundi di sini, itu yang kita dapat kesan.

“Banyak program kita akan buat yang mana kita akan bergabung dengan Pemuda dan jentera yang lain agar gerak kerja dapat dilakukan dengan lebih mantap,” katanya ketika ditemui.

Advertisement

Selain itu beliau turut menyatakan bahawa kebajikan di kalangan wanita di sini turut akan dititik beratkan dalam gerak kerja untuk PRK di sini.

Hidayah

Dalam pada masa yang sama, Pengarah Biro Pilihanraya AWAN Nasional, Hidayah Ramli berkata, seluruh jentera AWAN di seluruh negara telah pun berkampung di sini.

“Dari sudut mobilisasi jentera AWAN telah pun digerakkan contohnya pada 1 November lepas jentera AWAN Selangor, Kelantan, Melaka dan Johor sebagai tuan rumah telah hadir di sini.

Advertisement

“Kita akan ada empat gelombang yang telah ditetapkan untuk turun di sini bagi membantu jentera wanita PH yang lain bagi kempen meraih undi dalam PRK ini.

“Program-program pun telah diatur dan disusun akan terus digerakkan serta ia akan bertambah lagi selepas penamaan calon 2 November yang lalu,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, sambutan golongan wanita terhadap calon PH setakat ini dilihat positif dan diyakini mampu menyantuni golongan tersebut.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top