BM | EN | 中文

AWAN garap asas, bina pelapis pimpinan wanita

Norhayati-Bidin.jpg

Norhayati Bidin

Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 NOV: Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Johor menyarankan agar Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor menggarap asas bagi membina pelapis akan datang.

Menurut Naib Ketua Awan Johor, Norhayati Bidin berkata asas-asas perjuangan seperti integriti dan hala tuju sayap itu perlu untuk membina pelapis pemimpin.

Katanya, AWAN menyokong penuh serta mencadangkan supaya slogan parti Amanah, amanah, progresif, peduli, dapat dibuktikan di dalam semua perancangan dan pelan tindakan parti Amanah Johor.

Advertisement

“Tindakan-tindakan ini perlu dibuktikan di dalam proses ‘top down’ mahu pun ‘bottom up’. Semua kita pemimpin pelbagai peringkat perlulah membuktikan sifat amanah ini di dalam tindakan.

“Laksanakan tanggungjawab yang telah ditaklifkan sebaik mungkin. Jaga dan pelihara urusan organisasi parti ini dengan seius dengan mengikut perlembagaan dan tatacaranya.

“Kita perlu tegas dengan ciri-ciri amanah, progersif dan peduli ini,” katanya dalam kenyataan.

Advertisement

Beliau turut berkata, bagi melaksanakan sifat amanah tersebut, ahli perlu juga memahami dalam pecahan pelbagai tindakan yang berintegriti dan berakauntabiliti.

“Integriti adalah kejujuran dan ketelusan, kesempurnaan dan keutuhan. Ia juga merangkumi keikhlasan, keterbukaan, amanah, berpegang kepada prinsip, sukar dipengaruhi dan boleh dipercayai.

“Akauntibiliti pula adalah bertanggungjawab terhadap amanah yang telah diberikan yang wajib dilaksanakan dengan sempurna. Seseorang itu perlu bertanggungjawab atas segala perbuatan dan keputusan yang telah dibuatnya.

Advertisement

“’Road map’ membina pemimpin pelapis dengan mengambil kira beberapa faktor antaranya asas jati diri seperti keperibadian Islam dan ciri-ciri kepimpinan dalam Islam.

“Selain itu, membina keupayaan atau kompentensi di dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai ahli dan juga kepimpinan. Akhir sekali adalah membina displin berorganisasi,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top