BM | EN | 中文

‘Awak percaya JohorPress, soal MB Johor’

‘Awak-percaya-JohorPress-soal-MB-Johor.png
Advertisement

KULAI, 7 OGOS: Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal hari ini tampil menafikan khabar angin bahawa beliau akan meletakkan jawatan, yang kini sedang tular di media sosial.

Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan pihak yang dipercayai bertanggungjawab menyebarkan khabar angin tersebut.

“Yang pertamanya, itu hanya khabar angin.

Advertisement

“Yang keduanya, siapa yang bawa khabar angin tersebut?” katanya dalam satu sidang media di Senai, hari ini.

Apabila dijawab kembali oleh wartawan bahawa dakwaan tersebut datangnya dari akaun media sosial pro-pembangkang ‘JohorPress’, Dr Sahruddin dengan spontan dan sinis berkata “Awak percaya ke Johor Press?”.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri ‘Majlis Pelancaran Maskot dan Logo Sukma XX Johor 2020’ di Senai, hari ini.

Advertisement

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Negeri, Sheikh Umar Bagharib Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ), Datuk Mohd. Noorazam Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Sukma Johor, On Jabar.

Desas-desus mendakwa Dr Sahruddin akan meletakkan jawatan tular di media sosial baru-baru ini yang mana ianya turut dilaporkan oleh sebuah portal mesra Umno, ‘Ops Johor’.

Dr Sahruddin, yang juga merupakan Adun Bukit Kepong, merupakan Menteri Besar Johor yang ke-17, menggantikan Datuk Osman Sapian yang meletakkan jawatan April lalu.

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top