BM | EN | 中文

AUKUS dan situasi Laut China Selatan: Malaysia perlu perjelas pendirian

Dzulkefly-Ahmad.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU 22 SEPT: Kerajaan perlu memberikan penjelasan dalam isu perserikatan Australia, UK dan US (AUKUS) yang berhubung langsung dengan situasi di Laut China Selatan, kata Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Dzulkefly Ahmad

Katanya isu ini penting kerana ketegangan yang berlaku di kawasan itu boleh mengakibatkan pelbagai kemungkinan.

Beliau berkata kerajaan masih tidak ada pendirian yang tegas serta membawa suara kebimbangan negara ke peringkat antarabangsa.

Advertisement

“Apa yang membimbangkan kami adalah keselamatan pasukan keselamatan yang berada di sempadan perairan negara dan mereka yang menjalankan aktiviti di laut.

“Kerajaan kena bertegas dan mengeluarkan pendirian berkenaan keselamatan di laut milik negara kita dari dicerobohi oleh mana-mana pihak yang menimbulkan ketegangan.

“Suara itu juga perlu dibentang sehingga ke peringkat antarabangsa dan kerajaan dengan pendirian yang tegas perlu menyuarakan hak yang dimiliki kita. Ini isu keselamatan dan ianya tidak boleh didiamkan,” katanya.

Advertisement

Sebelum ini PH menggesa kerajaan menyatakan pendirian Malaysia berhubung perikatan strategik ketenteraan baru antara Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Australia.

Menurut Jawatankuasa Keselamatan PH, pakatan itu – yang digelar Aukus – turut meliputi perolehan kapal selam berkuasa nuklear bernilai AUD90 bilion, yang disifatkan sebagai perkembangan besar di rantau ini.

Justeru, jawatankuasa itu berharap Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein dan Menteri Luar Saifuddin Abdullah dapat menyatakan pendirian kerajaan di Parlimen.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top