BM | EN | 中文

Atur jawatan pegawai kanan PDRM: Tindakan Hamzah hakis keyakinan rakyat

sheikh-umar-bagharib-ali.jpg
Advertisement

KLUANG, 1 MEI: Tindakan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin menggunakan kedudukannya untuk mencatur kedudukan pegawai kanan pasukan PDRM akan menghakis kepercayaan rakyat.

Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, Hamzah tidak patut merasa bangga dengan pengakuan yang dibuat berkaitan kebocoran rakaman suara beliau yang membincangkan pelantikan pegawai kanan polis.

“Kenyataan tersebut hanyalah akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap PDRM apabila Hamzah dilihat menggunakan kedudukannya untuk mencatur.

Advertisement

“Susulan pengakuan Hamzah, saya ingin bertanya apakah yang beliau maksudkan dengan ‘budak kita’ sepertimana dipetik dalam rakaman audio “Because dia budak kita, budak Perak, family semua kat sana and it will be very good for us”.

“Selain itu, apakah yang Hamzah maksudkan dengan “it will be very good for us”? Siapakah ‘us’ yang dimaksudkan dalam konteks perbualan Hamzah?

“Memandangkan Hamzah sudah membuat pengakuan secara terbuka, rakyat berhak mendapat jawapan serta penjelasan berhubung perkara ini,” kata Sheikh Umar dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Sebelum ini tular rakaman audio perbualan mengenai kenaikan pangkat dan pertukaran jawatan dalam PDRM.

Hamzah mengakui suara individu dalam audio tersebut adalah miliknya dan berkata tidak ada perkara yang salah mengenai perkara itu.

Justeru itu Sheikh Umar berkata, rakyat memandang tinggi integriti PDRM dalam menjalankan tugas mereka berpandukan lunas perlembagaan serta kedaulatan undang-undang.

Advertisement

“Namun amat malang sekali, tindakan Hamzah hanyalah akan mencemarkan imej PDRM.

“Kelakuan Hamzah saling tak tumpah umpama watak politikus tidak berintegriti yang mencatur polis dalam filem-filem tamil.

“Hamzah tidak wajar berbangga dengan pengakuan yang beliau lakukan.

Advertisement

“Sebaliknya pengakuan tersebut adalah amat memalukan Malaysia dan merendah-rendahkan imej pasukan PDRM kita,” kata Sheikh Umar lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top