BM | EN | 中文

ATM tahan lima warga Indonesia di Teluk Ramunia, Johor

tangkapan.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 JUL: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan lima lelaki warga Indonesia yang dipercayai cuba menyeludup keluar dari negara ini di Teluk Ramunia, Johor awal pagi ini.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Kem Terendak Melaka, dalam satu kenyataan memaklumkan lelaki berusia 20 hingga 40 tahun itu ditahan anggota Rejimen Ke-61 Artileri Diraja (61 RAD) yang melaksanakan Op Benteng pada 4 pagi di kawasan berkenaan.

“Sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipercayai digunakan untuk membawa keluar pendatang tanpa izin serta lima telefon bimbit dan wang tunai berjaya dirampas.

Advertisement

“Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan hampir RM19,000,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan kesemua suspek dibawa ke Balai Polis Bayu Damai, Pengerang, Johor untuk siasatan serta pemeriksaan COVID-19.

“Usaha mengesan saki-baki pendatang tanpa izin di sekitar kawasan itu sedang dijalankan,” menurut kenyataan itu.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top