BM | EN | 中文

ATM tahan dua PATI di pesisir pantai Kota Tinggi

pati-ATM-Kota-Tinggi.jpg

Dua PATI yang ditahan ATM, pagi ini di Kota Tinggi (Gambar Ehsan Tentera Darat Malaysia)

Advertisement

KOTA TNGGI, 22 JUL: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan dua pendatang tanpa izin (PATI) warga Indonesia di pesisiran pantai Ladang Sg. Tengah, Kota Tinggi, Johor, awal pagi ini.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Kem Terendak Melaka dalam satu kenyataan hari ini berkata, kedua-dua individu itu ditahan pada jam 6.30 pagi oleh pasukan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) ketika menjalankan Op Benteng.

“Anggota petugas di Pos Pemerhati, Kompeni A, 1 RRD telah mengesan dua orang yang dipercayai PATI sedang bersembunyi di sebalik batu besar menggunakan alat bantuan penglihatan malam Night Vision Google (NVG) di pesisiran pantai Ladang Sg. Tengah, Kota Tinggi, Johor.

Advertisement

“Dua PATI tersebut telah ditangkap dengan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM5,169 ribu dan Rupiah 3.85 Juta (RM560) yang melibatkan dua buah telefon bimbit serta wang tunai,” katanya dalam kenyataan.

Kesemua PATI diserahkan ke Balai Polis Bayu Damai untuk tindakan lanjut sebelum menjalani ujian COVID-19.

Tambahnya, pasukan sedang meneruskan pencarian bagi mencari saki baki PATI dan tekong yang dipercayai berada di kawasan sekitar Ladang Sg. Tengah.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top