BM | EN | 中文

ATM berkas 18 pendatang tanpa izin di Pantai Batu Layar, Kota Tinggi

ATM-angkatan-tentera-malaysia-ATM.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberkas 18 pendatang tanpa izin warga Indonesia ketika cuba mendarat di Pesisiran Pantai Batu Layar, Bandar Penawar, Johor, semalam.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan tangkapan itu hasil pemantauan anggota pos pemerhati, Pasukan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) yang mengesan sebuah bot kira-kira 500 meter di pesisir pantai berkenaan.

“Hasil tindakan pantas kumpulan Quick Reaction Force (QRF) telah berjaya menangkap 18 orang pendatang tanpa izin terdiri daripada 13 orang lelaki dan lima wanita warga Indonesia berusia lingkungan 24 hingga 43 tahun,” menurut kenyataan itu.

Advertisement

Menurutnya, turut dirampas 10 unit telefon bimbit dan wang tunai bernilai RM2,164.

Kesemua pendatang tanpa izin berkenaan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang dan pengendalian penahanan mereka mengikut prosedur operasi standard (SOP) COVID-19, menurut kenyataan itu.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top