BM | EN | 中文

ATM akan bina hospital medan di Hospital Sultanah Aminah

Hospital-Sultanah-Aminah-Johor-Bahru-HSA-JB.jpg

Gambar Hiasan (Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru / Ehsan kinderasia.com)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 JUN: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mula membina hospital medan di perkarangan hadapan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini hari ini, yang dijangka beroperasi 17 Jun.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R. Vidyananthan berkata kerja-kerja pemasangan aset ATM itu akan mengambil masa dua hari.

“ATM bersetuju membantu menyediakan fasiliti tambahan untuk perawatan pesakit COVID-19 di HSA dengan membina hospital medan.

Advertisement

“la akan dilengkapi dengan empat katil ICU (unit rawatan rapi) dan 60 katil wad secara berperingkat. Tempoh operasi hospital medan ini akan bergantung kepada situasi pandemik di negeri ini terutama di Johor Bahru dan daerah berhampiran,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata selain petugas daripada HSA, pihak ATM juga akan menggerakkan tiga pegawai dan 30 staf teknikal (paramediks) bagi membantu kelancaran operasi dan memberi perawatan pesakit COVID-19 di hospital berkenaan.

Vidyananthan menjelaskan pembinaan hospital medan itu dilakukan susulan pertambahan 30 peratus kemasukan pesakit COVID-19 terutama di hospital kerajaan di daerah ini ketika perayaan Aidilfitri, yang sekali gus menyumbang kepada peningkatan melebihi 95 peratus penggunaan katil pesakit secara berterusan di wad dan ICU.

Advertisement

Beliau berkata berdasarkan statistik pada 6 Jun, seramai 1,247 pesakit COVID-19 dirawat di hospital kerajaan di negeri ini termasuk 105 pesakit yang dirawat di ICU dan 82 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Terdapat 24 pesakit COVID-19 lagi di beberapa hospital swasta dengan dua orang dirawat di ICU dan kedua-duanya memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top