BM | EN | 中文

Atlet memanah, Haziq selamat dikebumi

Haziq-memanah.jpg
Advertisement

JASIN, 15 MEI: Jenazah atlet memanah negara Haziq Kamaruddin, 27, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Koperasi Serkam Darat, Merlimau kira-kira 1.40 pagi tadi.

Jenazah yang dibawa dari Hospital Kajang tiba di lokasi pengebumian sekitar 12.45 tengah malam dan disolatkan di Surau Al-Taqwa di kampung itu dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Antara yang turut mengiringi jenazah adalah isteri Allahyarham Shahira Abdul Halim dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Advertisement

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sebaik jenazah dimasukkan ke liang kira-kira 1 pagi.

Pemanah recurve itu meninggal dunia selepas rebah di rumahnya di Kajang selepas menunaikan solat subuh pagi semalam.

Haziq kemudian digegaskan ke Hospital Kajang namun disahkan meninggal dunia pada 9.37 pagi.

Advertisement

Pemanah berasal dari Johor itu pernah mewakili negara ke temasya Olimpik sebanyak dua kali, iaitu pada edisi London 2012 serta Rio 2016 di Brazil dan kini sedang mengejar slot kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo yang dijadualkan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos depan.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top