BM | EN | 中文

Atlet lompat tinggi Malaysia raih emas di kejohanan CAS International Meeting

nauraj-singh.jpeg
Advertisement

LUXEMBORG, 25 OGOS: Jaguh lompat tinggi negara Nauraj Singh Randhawa berjaya merangkul pingat emas di kejohanan CAS International Meeting, yang berlangsung di Stade Jean-Jacoby di Schifflange, Luxembourg, kelmarin.

Atlet berusia 29 tahun, kelahiran Johor itu yang kini berpangkalan di Jerman, meraih emas dengan lompatan setinggi 2.18 meter.

Bagaimanapun, Olimpian itu yang mempunyai catatan peribadi terbaik 2.30m yang dicatatkan pada Kejohanan Terbuka Singapura 2017, yang juga rekod kebangsaan, gagal dalam percubaan terakhir untuk ketinggian 2.21m.

Advertisement

Atlet Belanda Douwe Amels dan Keyvan Ghanbarzadeh dari Iran, yang juga berjaya melepasi 2.18m, masing-masing meraih pingat perak dan gangsa berdasarkan kiraan semula, menurut laman web rasmi Olahraga Dunia www.worldathletics.org.

Nauraj Singh melepasi 2.18m dalam percubaan pertama manakala Amels dan Keyvan, masing-masing hanya berjaya melakukan lompatan pada percubaan kedua dan ketiga.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top