BM | EN | 中文

Atas semangat ‘Kita Jaga Kita’ patuhi SOP meskipun semasa banjir – Adun Jementah

Tan-Chen-Choon-Adun-Jementah.png
Advertisement

SEGAMAT, 4 JAN: Semua pihak termasuk mangsa-mangsa banjir diharap bekerjasama atas semangat “kita jaga kita” untuk mengharungi cabaran yang getir semasa bencana banjir.

Adun Jementah, Tan Chen Choone berkata, semua pihak termasuk orang ramai diharap mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sebagai penghargaan kepada kakitangan terutamaya para petugas barisan hadapan.

“Saya mengingatkan semua pihak termasuk mangsa-mangsa banjir untuk bekerjasama dengan semangat “kita jaga kita”, pada masa yang sama kita menentang wabak Covid-19

Advertisement

“Saya dimaklumkan pegawai kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah datang untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan mangsa banjir,” kata Tan dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau terdahulu hari ini membuat lawatan ke Pusat Permindahan Sementara (PPS) di Sekolah Agama Gemereh bagi meninjau keadaan semasa penempatan mangsa-mangsa banjir yang terlibat di beberapa kampung berhampiran di Mukim Gemereh.

“Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga Barisan Hadapan – Tok Penghulu, Ketua-ketua Kampung dan petugas-petugas Jabatan yang telah berhempas pulas menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir,” katanya.

Advertisement

Turut bersama lawatan ini adalah Encik Khairul (Pegawai Pejabat Tanah Segamat), Affendi (Tok Penghulu Mukim Gemereh) , Ketua-ketua Kampung dan Pegawai Penyelaras PPS tersebut.

Menurut Tan, terdapat jumlah 76 orang mangsa banjir daripada 19 buah keluarga telah dipindahkan dan ditempatkan sementara di PPS Sekolah Agama Gemereh mulai semalam sehingga setakat ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top